Bercuti di Gambang Resort seminggu sebelum banjir besar

20 Disember lepas kami geng-geng Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput oleh firma guaman rasmi kelab untuk bercuti dan berjimba kat Gambang Resort.... tujuannya hanya untuk berkenal-kenalan antara pihak peguam dengan blogger yang di bawah Kelab Blogger Ben Ashaari... 

Bukan Sekadar Blogger... tak ramai yang dapat join aktiviti kali ni sebab masing-masing bizi dengan program cuti sekolah masing-masing...

Lepas chekin, lepak kat bilik kjap lepas tu kitorang turun lepak kat cafe bawah hotel untuk borak-borak dan berkenalan dengan lawyer... 1st time aku kenal akak-akak lawyer tuuu... banyak benda yang dijelaskan antaranya peranan diorang sebagai firma guaman rasmi kelab... teringat aku kes gambar selfie aku jadi gambar hiasan oleh Page Radio Ikim.fm untuk Topik Pagi : Selfie dikaitkan dengan masalah mental... bila ada isu-isu macam tu la kita memerlukan lawyer... tapi kes aku tu kecik jer... citer pasal peranan lawyer tu nanti kalau ada masa aku citer kemudian ehhh sebab entri ni aku nak citer bab percutian jer dulu...

Kitorang sampai Gambang Resort lebih kurang pukul 3 petang... penginapan kitorang kali ni dekat Carribian Bay Resort... sebelum ni aku pernah stay kar Arabian Bay Resort (klik sini)... kali ni dapat merasa stay kat Carribian Bay Resort pulak... review hotel ni next entry aku story k...

Disebabkan citer percutian aku kat Gambang Resort ni adalah kisah ulangan percutian aku beberapa bulan sebelum tu... so, segala detail lain macam harga tiket, benda-benda menarik dan apa yang ada kat sana korang boleh refer entri yang dulu tu k... Nah list entry dulu...

- Safari Night Jungle (klik)
- Gambang Waterpark (klik)

Hari pertama kitorang sampai sana cuaca memang terbaek... daebak! Redup... tak terik.. tak hujan... cuma lewat petang tu jer renyai sikit... malam tu bebudak lain g melepak kat Teluk Chempedak tapi aku bawak Akiff dengan anak buah aku masuk safari night... Ehhh lupe nak bagi tau... aku datang bercuti kali ni bawak anak buah aku sorang yang baru lepas dapat result UPSR hari tu... dapat 4A 1B... kirenyer ni hadiah bercuti untuk die jugak laa....

Esoknya lepas breakfast baru kitorang masuk waterpark... cuaca dari awal pagi hujan tak berhenti-henti... aku dah serba salah nak redah masuk waterpark atau balik KL jer... ikutkan hati memang nak cancel jer masuk waterpark tu tapi sebab dah bawak anak buah aku tu... kesian pulak datang jauh-jauh tapi planing tak menjadi... last-last kitorang redah jer masuk waterpark walaupun dalam cuaca hujan... sekali dengan Akiff dapat merasa main hujan... mujur tak demam...

Nak sewa gazebo atau cabana memang dah penuh... terpaksa la merempat melepak kat mana-mana port yang difikirkan sesuai... sebab cuaca pulak hujan renyai-renyai... so, kena la cari tempat berlindung... last-last kitorang bentang tikar lepak kat tepi pondok mengadap coco beach... sebab aku dah ada pengalaman datang sini... memang dah boleh agak port melepak macam mana... itu yang dah standby tikar 2 keping...

Dah sebab dah ade pengalaman jugak la aku bawak sekali mainan Akiff... penat main air boleh die main pasir kat situ lak...

Seronok la Akiff dapat main pasir macam ni... feeling tepi pantai...

Dulu masa 1st time datang sini aku tak merasa nak main game lain kat situ... melepak kat coco beach jer... Akiff tak bagi aku kemana-mana... melepak dengan dia jer... kali ni baru la sempat merasa game lain jugak...

Tengah tunggu turn dengan geng KBBA... tau tak kitorang main game yang mana ni...

(Sumber)
Tadaaaa... sliding yang tinggi ni haaa... cuak oiii... melambung-lambung... tapi best...

Sementara Akiff ada orang yang tolong temankan.... jom lah kite bergumbira main air... hehehe...

Happening kannn... pegi tempat-tempat macam ni kalau g beramai-ramai baru seronok... hujan ke tak dah lupe dah time ni... redah jer... hehehe...

Alhamdulillah... percutian kali ni berjalan tanpa sebarang masalah... nasib kitorang baik sebab g sana seminggu sebelum banjir besar melanda pantai timur... kalau tak kompom tersagkut sekali kat LPT area Temerloh tu sebab situ kan banjir teruk jugak... huhuhu....

Sekali lagi thanks kepada firma guaman rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari yang sudi menaja percutian kitorang kali ni... korang kalau perlukan khidmat guaman tak kisah laa untuk beli rumah ke... untuk kes sivil ke... kes saman kee... ape-ape jer laaa... boleh roger aku... aku boleh bagi detail lawyer tu...

Sebagai maklumat tamabahan untuk rujukan korang :

Safari Park & Night Jungle

Kadar sewa kemudahan dalam Gambang Waterpark

Kadar Sewa Cabana / Gazebo


Labels: , , , , , ,