Tips pisahkan tempat tido dengan anak

Kalau tanya aku bila umur yang sesuai untuk pisahkan tempat tido dengan anak... aku jawab kena tengok anak tu sendiri macam mana... hanya mak bapak jer lebih memahami si anak masing-masing... macam Akiff sekarang umur dia dah 3 tahun 9 bulan masa aku asingkan tempat tido dengan die... biasa tengok omputih dari anak die kecik baby pun diorang dah asingkan tempat tido... dah letak dalam bilik asing... tapi orang kite ade tu sampai anak dah masuk darjah satu masih lagi tido sekali dengan mak bapak... Hmmmm... kesian si bapak... Ehhh... tibe-tibe... hahaha...


Refer entri aku sebelum ni... aku ada sharing pengalaman pertama aku untuk asingkan tempat tido dengan Akiff... cubaan pertama gagal... cubaan kedua nyaris gagal tapi akhirnya berjaya jugak... hehehe... klik sini untuk baca...

Kali ni aku nak kongsikan tips nak asingkan tempat tido dengan anak... tips ni aku cedok dari beberapa sumber hasil carian aku kat google dan jugak dari pengalaman aku sendiri...

~ Sediakan ruang bilik tidur mengikut minat si kecik... macam Akiff sendiri memang jenis obses dengan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kenderaan... So, aku memang berniat nak deco bilik aku ikut tema kartun Cars...

~ Deco dan kemaskan bilik bersama-sama dengan si kecil... haaa... yang ni perlu sebab baru die rase excited nak duduk dalam bilik tu... semua mainan dia masukkan dalam bilik tu sekali... lepas tu tanya dia kat mana nak letak mainan-mainan dia tu... kiranya kita bagi kebebasan untuk dia tentukan sendiri macam mana rupa bilik dia tu...

~ Berikan masa untuk si kecil bersedia untuk tidur sendirian... maksudnya kat sini bukan tibe-tibe satu malam tu ko suruh die tido bilik sendiri... jangan la gitu dek non oiii... kesian budak tu... kena bagi tau die awal-awal... takde la mengejut... Akiff hari tu aku dok ulang cakap kat dia dari siang hari lagi... aku pesan nanti malam die tido bilik tu, ummie dengan abah tido bilik sebelah... keep remind die pasal tu...

~ Temankan anak sementara dia belum lena... yang ni wajib... jangan ko paksa dia masuk bilik suruh tido tapi ko kat depan dok layan TV... mana boleh macam tu... kena masuk bilik sekali dengan dia dan tidokan dia... yang ni memang aku buat kat Akiff... sebab tu berlaku kes aku yang tido dulu sebelum Akiff... hahaha...

~ Berikan cahaya yang menenangkan si anak... Akiff mula-mula dia tak bagi aku tutup lampu bilik... yer la... die pun reti takut gak kannn... 1st time nak kena tido asing... tapi bile die dah lena aku tutup lampu bilik then bukak lampu ruang depan bilik... So, bilik dia masih lagi cerah...

~ Bagi pujian apabila si kecil berjaya tido sendirian... pagi tadi masa aku kejutkan Akiff memang aku puji-puji dia... cakap die dah besar... die pandai... tak takut pun tido sorang... lepas tu masa nak keluar dari bilik tu aku siap tunjuk sekali lagi katil yang die tido tu... aku cakap semalam die tido katil tu sengsorang, ummie dengan abah tido bilik sebelah... puji bagi dia rasa bangga dapat tido sendiri... 

~ Jangan tutup pintu bilik... pastikan pintu bilik si kecil dan jugak pintu bilik korang tak ditutup... mana tau tengah malam nanti dia terjaga dia bangun cari korang... atau kalau die nangis pun korang boleh dengar...

Haaa tu sikit tips yang aku boleh kongsikan... semalam terasa janggal jugak la bila Akiff tido bilik lain... aku terjaga tengah malam jer aku bangun tengok dia kat bilik sebelah... risau die kat bawah katil pun yer gak... Ngeeee...

Labels: ,