Sambut Birthday Ben Ashaari di Flora Cafe

Selamat Hari Lahir Big Bro Ben Ashaari... 1st time aku attend birthday party orang tua... biasa bebudak jer... wakaka... Birthday party kali ni diadakan di Flora Kafe pada 30 November 2014... majlis ni bukan dirancang oleh Ben sendiri tapi kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari terutamanya orang kuat majlis ni iaitu Yanty... Good job Ty...

Kek birthday lengan sado ni di taja oleh Kak Nina Cybercake... memang ohsemmm giler... serius sedap... Miss Permaisuri yang bukan jenis pemakan kek pun kata sedap... aku dengan Akiff yang jenis pemakan kek ni dah semestinya semua jenis kek pun kami kata sedap... Hahaha...

Tak sampai hati pulak nak hiris lengan sado ni... tapi bile dah hiris memang sedap sebab dalam tu kek red velvet... luar pulak cream...

Selfie dengan birthday boy...


Hari tu kami book semua meja kat dalam cafe tuuu... tinggal beberapa meja jer kat luar untuk orang lain yang datang walkin makan situ...

 Memang meriah...

Dah habis sesi makan-makan... baru buat sesi potong kek...

Ni sape punyer birthday ntah... yang lain pulak lelebih... hahaha...

Terima kasih Flora Kafe sebab menyediakan tempat yang sungguh sungguh cantik ni... walapun cafe ni kat dalam bangunan tapi rasa macam kat dalam taman kayangan wehhh.... meriah dengan bunga... padan sangat dengan nama Flora Kafe...

Meriah dengan belon yang colurful.... Tak kedekut belon... i loike...


Antara menu yang kami ada hari tu adalah mee hon goreng, nasi goreng, spaghetty, cucur udang, bubur kacang, kuih muih, fries, coctail hotdog, rojak buah, air sirap dengan teh tarik....

Korang yang berminat nak sambut apa-apa majlis kat sini memang aku rekemen sangat... suasana yang sangat berbeza dengan tempat lain dan yang penting kat sini selesa dan makanan sedap... parking takda masalah sebab banyak parking kat basement...

Berminat? Boleh contact Mel (03-2161 8010 / 2181 0986 /012-207 0166)

Facebook : Flora Kafe Ampwalk
Instagram : @florakafe

Aku pernah candle light dinner kat Flora Kafe masa celebrate Birthday Miss Permaisuri kat sini tahun lepas... baca sini(klik) 

Gambar-gambar sekitar majlis hari tu...

::My Happy Family::


Labels: , , , , ,