Meninjau alam dinasour di Dinoscovery, Kuala Lumpur


Baru-baru ni aku bawak Akiff dengan Miss Permaisuri melawat dinasour kat Dinoscovery di AvenuK, Kuala Lumpur... masa mula-mula aku bagi tau nak bawak Akiff tengok dinasour, Miss Permaisuri awal-awal dah kate "ni kompom Akiff takut nanti..." Ngeeee... memang aku dah agak pun Akiff akan takut tapi bila aku cakap kat Akiff nak pegi tengok dinasour, kemain excited die... siap kata die nak pegang dinasour tu nanti boleh tak... huh... kemain...

Sebelum start pengembaraan... kitorang dibekalkan dengan map ahli paleontologi dan tag RFID (Radio Frequency Identification) untuk menyelesaikan Dino Quest... Dino queast ni kiranya aktiviti mencari spesimen dinasour then bila dah dapat selesaikan task boleh lah tampal sticker yang dibekalkan tu di tempat yang betul dalam map... ce korang tengok map aku kat atas ni... ade beberapa sticker jer yang sempat kitorang selesaikan... selebihnya non hadoooo sebab mood Akiff tak ok... Grrrr....


Kalau korang tak faham macam mana nak start pengembaraan ni tak yah risau sebab nanti sebelum start masuk dalam 'hutan' tu korang akan ditayangkan dengan video explain pasal mendalah ni... ce tengok gambar atas ni... bebudak tu kemain fokus sambil pegang map padahal tak tahu ape pun... hahaha...  

Haaaa... yang buat lagi teruja masa nak masuk Donoscovery ni bila kitorang smua diberikan vest pengembara nak masuk hutan... bebudak pun same... comelll jer kann tengok semue pakai vest macam tu...

Start melangkah masuk dalam alam dinasour tu Akiff dah mula nangis ajak balik... hahaha... tadi awal-awal kemain cakap nak pegang dinasour... Hehehe.... iyer laa... dari luar dah dengar dinasour dok meraung... tibe-tibe masuk dalam tu gelap macam masuk dalam hutan pastu nampak dinasour besar-besar gedabak... mau tak takuttt... 


Haaa... nampak tuu... nak suruh orang dukung jer... takut nak jalan sendiri... 

Kalau korang nak tahu, dinasour yang kat dalam ni adalah bersaiz sebenar... pastu kepala dengan ekor diorang gerak-gerak... siap ade bunyi... 


Masa ni Akiff dah makin ok... berani dah sikit nak tunjuk-tunjuk dinasour tu... tapi masih nak suruh orang dukong... aku kena gilir-gilir dengan Miss Permaisuri dukong Akiff... kang kalau aku jer yang dukong macam mana nak ambik gambar pulak... ini pun banyak gambar dinasour aku tak sempat ambik sebab kalut dengan budak tu...

Antara aktiviti lain yang ada kat dalam tu adalah panjang dinding untuk tengok sarang burung dinasour... gambar atas ni blogger Redscarz tengah mengushar sarang burung dinasour tu... aku tak naik pun...


Tapi budak Akiff ni beriye nak naik tengok... lepas dah pasang safety harness die naik sampai atas ni jer... pastu dah takmo... Grrrr...

Haaa... ni ade 1 aktiviti untuk bebudak yang buat Akiff lupe kejap takut die... lumbe lari dengan dinasour!!! Masa ni semue bebudak beratur nak berlumbe dengan dinasour... Akiff pun sama... kat sini diorang kejer ulang alik berlumbe dengan dinasour tu... hahahhaa... 

Ade jugak kiosk-kiosk interaktif yang disediakan... aku suka kekdah diorang sampaikan info menarik pasal dinosour kepada pengunjung...

Akiff Mirza, Ahli paleontologi junior... kehkehkeh...

Konon guna berus tu nak sapu-sapu pasir untuk cari fosil tulang dinasour... tp sudahnya habis pasir melambung atas kepala anak mat saleh kat situ... hahaha... sabor jer laa....

Main lava gunung berapi... masukkan bola-bola tu dalam lubang gunung berapi tu pastu nanti bola-bola tu akan melambung keluar balik.... suke bebudak ni main mendalah ni... Akiff paling lame lepak kat dalam ni...

Ade 1 lagi aktiviti menarik yang aku lupe nak ambik gambar.... huhuhuhu... aktiviti menembak haiwan perosak... guna senapang paintball tuu... excited sangat menembak sampai lupe nak ambik gambar... pastu ade 1 lagi tayangan video 3D... yang ni pun aku tak dapat merasa sebab hari tu tayangan ni rosak... cisss... boleh pulakkk...

No komen.... Ngeee...

Okeh... ni part paling korang tak boleh lepaskan... bergambar dengan T-rex... 

Kjap yer T-rex... kite sesat la pulakkk... kjap nak chek GPS ni dulu...  hahahaha...

Masa mula-mula aku bergambar dengan T-rex ni Akiff takmo... die takut... bile dah nak balik baru die nak bergambar... 

Dah nak balik baru Akiff tak takut dah dengan dinasour semue... tengok tu siap buat peace... Haaa... pesanan untuk korang kalau nak datang sini better bawak camera yang cun bile dalam gelap... kalau tak dapat la gambar macam atas ni haaa... huhuhuh...

Dihujung pameran ade disediakan ruang untuk bebudak lepak dan mewarna... 

Dalam tu jugak ade kemudahan cafe dan kedai cenderamata...

Sebelum balik jom kite bergambar dulu... ni adalah rakan-rakan blogger yang turut sama aku hari tu...

Korang yang ada anak kecik umur 3 tahun ke atas tu memang aku rekemen bawak diorang datang Dinoscovery ni... pameran ni sampai Mac 2015 jer... so, baik datang sini cepat... memang best... Akiff meraung tak nak balik wehhh... mule-mule kemain takut... dah tak takut takmo balik la pulak...

Kat sini ada 15 aktiviti interaktif yang berunsurkan 'edutainment' iaitu mendidik sambil berhibur... harga tiket masuk adalah RM35 untuk kanak-kanak dan RM25 untuk dewasa... untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan OKU harga tiket hanya RM19... Call 03-2181 7218 untuk info lanjut...

Kalau nak tahu banyak lagi info percutian menarik di Malaysia termasuk tempat tumpuan pelancong, pakej percutian, tempat penginapan, pusat membeli belah, acara-acara menarik yang berlangsung di Malaysia dan banyak lagi... korang boleh refer di website Destination Malaysia (klik) atau Facebook Destination Malaysia (klik)...

(Klik gambar untuk sertai contest)



Labels: , , ,