Legoland Malaysia - Menarik di Star Wars Miniland

○ Legoland Malaysia - Panorama Dunia Lego (Mini Land)
○ Legoland Malaysia - Menarik di Star Wars Mini Land
○ Legoland Malaysia - Holiday Extravaganza Sepanjang Disember 2014
○ Legoland Malaysia - Theme Park (Part 1) Keriangan Bermula
○ Legoland Malaysia - Theme Park (Part 2) Main-main di Legoland
○ Legoland Malaysia - Theme Park (Part 3) Kemudahan di Legoland
○ Legoland Malaysia - Theme Park (Part 4) Akiff dan Legoland
○ Legoland Malaysia - Water Park
○ Legoland Malaysia - Pengalaman Bermalam di Legoland Hotel


Lego Star Wars Miniland adalah salah satu tarikan yang ada dalam Legoland Malaysia Theme Park... Entri sebelum ni kan aku ade share gambar lego miniland yang dibina dikawasan terbuka dalam Theme Park ni... tapi untuk Miniland Start Wars ni ia dibina kat dalam bangunan khas... So, kalau dah rasa panas terik kat luar boleh la sejukkan badan kejap masuk dalam Miniland Star Wars ni...

Masuk dalam ni Free jer... sebab dah termasuk dalam tiket masuk skali dah... Hmmm... Sebelum masuk, let we take a selfie first... Ngeee....

Ni sebenarnya kat laluan beratur nak masuk dalam... tapi time kitorang kat sini ari tu takyah beratur sebab tak ramai... ade beberapa orang jer... jimat masa menunggu... hehehe...

Ni masa kat laluan keluar... sempat selfie gitu-gitu jer... rushing nak ke tempat mainan lain...

Masuk jer terus kitorang ditayangkan dengan video katun siri Lego Star Wars... dah macam tengok wayang dah... Ni 1st time aku tengok katun lego Star Wars... best rupenyer... kelakar!! Tayangan video ni rasanya dalam 7 8 minit kot... tak sempat pulak aku nak chek time masa tu...

Lepas habis video baru die bukak pintu dan masuk tengok Lego Miniland Star Wars... sekali lagi aku kagummmm... tadi kat luar dah teruja giler dah tengok miniland yang kat luar tu... ni masuk dalam ni pun ade lagi... 

Miniland Star Wars ni dibina scene by scene... Total ade 7 episod yang diorang pamerkan kat situ... yang mana follow episod Lego Star Wars mungkin akan lebih faham kowt... 

Yang menariknya pasal miniland starwars ni, korang boleh tekan button yang disediakan kat tepi setiap pameran tu then nanti akan ade effect kat lego tu... ada yang keluar lampu... ada yang bergerak... ada yang keluar asap... ada yang keluar bunyi... memang menarik laaa... Akiff excited jer nak tekan semua button yang ada kat setiap episod tu... hehehe...

Okeh jom layan gambar yang sempat aku ambik kat dalam miniland Star Wars  ni... agak mencabar gak nak ambik gambar dalam ni sebab tempat tu gelap... nak guna flash jadi tak cun lak gambar sebab cahaya flash tu buat mood cerita dia hilang... jenuh aku nak setting camera kat dalam ni... itu pun banyak gambar yang hancur... ngeeee... 


Haaa... itu jer gambar yang aku ade... sepatutnya boleh dapat banyak lagi gambar-gambar menarik... tapi ok la kannn... nak tengok puas-puas kena pegi sana sendiri laa... kehkehkeh...

Sebelum keluar ada kedai cenderamata lego Star Wars... Akiff macam biasa la bila nampak semua yang ada dalam kedai tu... jadi rambang mata teruss... nak itu nak ini... tapi last-last tak beli apa pun... Hahaha... Kalau Akiff jenis peminat Star Wars memang aku tak kisah sangat nak membeli tapi die bukan minat pun Star Wars...


Aku habiskan masa dalam Lego Miniland Star Wars ni lebih kurang 45 minit...

Okeh... meh aku nak kongsikan beberapa fakta menarik tentang Lego Star Wars Miniland ni...

~ Lebih 1.5 juta brick lego digunakan untuk membina 1,122 model dalam miniland Star Wars ni... Wow!!

~ Objek kenderaan terbesar dalam miniland ni adalah Clone Turbo Tank yang korang boleh tengok di scene Episod III : Revenge of the Sith... ia dibina dari 10,180 brick lego dan seberat 44kg... mengambil masa selama 350 jam untuk membina objek ini sahaja!!!! Perghhhh....

~ The most challenging model untuk dibina dalam miniland ni adalah Millennium Falcon yang terdapat dalam scene Episod IV: A New Hope... ia dibina oleh 15,000 brick lego yang mengambil masa 143 jam...

~ Objek terbesar dalam miniland ni terdapat di scene Star Wars: The Clone Wars iaitu Crystall Building yang seberat 120kg dan dibuat dari 45,000 brick lego...

~ Objek terkecik dalam miniland ni adalah Yoda yang dibuat dari 30 ketul brick lego sahaja...

Waaaa... ada banyak lagi fakta menarik yang aku dapat tapi aku share yang ni jer... kagum giler bile baca fakta ni kannn... tak leh bayang macam mana gigihnya diorang bina setiap objek yang ada kat sana tu....



Labels: , , , ,