Berbaloi ke bayar beribu untuk servis fotografer perkahwinan

Sumber gambar diperolehi dari Facebook

Wooo... panassss... panasss... aku yang takde kena mengena ni pun terasa panas dek kerana komen-komen macam kat atas ni...

Ade pulak orang yang pertikaikan bayaran yang perlu dibayar kepada fotografer... mengarut katanya sebab bayar beribu padahal kejer guna jari klik klik camera jer... Hahahhaa... Demmm...

Meh sini nak bagi camera seketul kat ko lepas tu ko ambik gambar tengok... helok ke tak helok gambar ko ambik tu... ko rase kalau ko ambik gambar guna camera DSLR yang beribu-ribu tu sama ker hasilnyer dengan camera hp atau camera yang nilainya RM300 lebih tu... cube fikir secara rasional sikit...

Aku pernah beberapa kali shoot wedding dan aku stop buat kejer shoot wedding sebab aku tak cukup masa nak bagi komitmen untuk edit... orang tak tahu mungkin nampak yang fotografer ni datang pagi balik petang lepas tu dapat bayaran RM3,000... korang sedar tak yang fotografer tu kena berjaga malam berminggu-minggu sampai juling bijik mata mengadap beribu gambar yang di shoot tu pastu nak edit dan hasilkan gambar yang terbaek... nak susun-susun buat album lagi... nak bayar printing lagi... ingat kerja mudah ker...

Tahu tak korang yang nak buat semue tu perlukan kemahiran dan ilmu dan nak dapatkan kemahiran dan ilmu tu semuanya kena keluarkan modal untuk belajar... bukannya lahir-lahir terus bijaksana boleh guna DSLR... terpaksa keluarkan modal untuk belajar skill fotografer pulak... itu belum sebut pasal modal beli keperluan DSLR, lens, speed light, laptop dengan software dan macam-macam lagi....

Korang pernah tak nampak photographer yang terpaksa panjat pokok... masuk celah semak... panjat batu besar tepi pantai... meniarap... telentang... semata-mata nak dapatkan gambar dari sudut terbaek... penat wooo... korang pernah tak usung camera DSLR dengan lens 2 3 bijik untuk tempoh beberapa jam... tahu tak yang benda tu buat rasa sakit pinggang dan bahu?? Korang tahu tak? Yang ada pengalaman jer tahu... 

(Sumber dari Google Image)

So, tak perlu nak pertikaikan bayaran kepada fotografer... kite nampak mudah tapi hakikatnya tak semudah disangka... cumanya korang kena la pandai dan bijaksana dalam menentukan nilai seseorang fotografer sebab nilai seseorang fotografer tu bergantung kepada tahap kemahiran dan kepakaran die...

Jadi kalau ada yang masih berkira-kira nak keluarkan duit untuk fotografer sila fikirkan balik... korang bayar untuk kemahiran yang dia ada... kalau takda kemahiran maka dapat lah gambar-gambar yang macam dalam galery hp korang tu... gambar nasi lemak pun blur... hahaha...


Contoh hasil gambar yang aku shoot (klik)
Contoh custom album yang aku hasilkan (klik)


Labels: