Belajar Dunia Saham Dari Yang Pakar


Seminar Dunia Pelaburan Saham... korang pernah tahu ape-ape tak pasal seminar ni? Aku sebelum ni tak pernah tahu menahu pasal seminar ni apatah lagi seminar berkaitan dengan saham... bab-bab saham ni memang aku blur... tak tahu langsung... apa yang aku faham, saham ni macam main jual beli ikut nasib... ko beli lepas tu ko jual... nasib baik untung... nasib tak baik rugi... hehehe... itu perspektif aku sebelum ni...


Tapi baru-baru ni bila aku dipelawa ke Menara PGRM Cheras untuk mengetahui sendiri berkaitan Seminar Dunia Pelaburan Saham... rasa macam kena smash kat kepala sebab fahaman aku berkaitan saham sebelum ni tak betul langsung... Ngeee... biasa la kan bila dah takde ilmu dan pengetahuan kita suka buat pemahaman dan andaian sendiri...

Pengalaman dan ilmu yang aku dapat hari tu sangat menarik... terkejut aku bila tengok dewan besar tu dipenuhi dengan pelbagai peringkat usia... ada yang dari belia remaja sampai la ke pak cik mak cik... salute! Aku difahamkan seminar kali ni merupakan yang terbesar diadakan iaitu seramai lebih 450 orang dalam 1 dewan dan paling aku kagum bila hampir keseluruhan dalam dewan tu adalah kaum bumiputra... Yup... orang melayu kite... diorang datang dari pelbagai latar belakang dan kebanyakannya lebih kurang aku gak iaitu zero pengetahuan tentang saham ni...

Haaa... Satu yang aku suka tentang seminar ni adalah 2 way communication yang diorang praktikkan... boleh tanya direct bila tak faham... die akan explain kat situ gak untuk semua orang dengar... Jadi segala apa yang korang tak jelas boleh clearkan masa tu jugak... disebabkan aura positif yang ada dalam dewan tu, aku nampak takde orang yang takut-takut nak bangun untuk bertanya... semua bersemangat nak menimba ilmu pengetahuan tentang pelaburan saham ni...



Tahniah buat Mentor Pelaburan No. 1 Malaysia, Tuan Haji Mohd Asri Ahmad sebab berjaya menyampaikan seminar dengan sangat-sangat informatif dan bersahaja... cara penyampaian dia yang sangat santai, mudah difahami dan kelakar buat semua yang dalam dewan sentiasa ceria dan paling penting adalah semangat dia untuk membantu bakal-bakal pelabur tu haaa... aura die memang terasa sepanjang masa kite dengar talk die... 


Tuan Haji Mohd Asri Ahmad sudah 17 tahun terlibat dengan dunia pelaburan saham dan kini komited berkongsi ilmu dan tips pelaburan saham kepada masyarakat menerusi siri jelajah seminar yang dianjurkan.... Selain tu die ade gak menulis buku-buku panduan kepada pelabur saham antaranya buku yang aku pegang dalam gambar atas tu haaa...


Sorang lagi mentor yang turut berkongsi ilmu dalam seminar ni adalah Dato' Dr. Mohd Nazri Khan... beliau merupakan President MATA (Malaysian Association of Technical Analisyst) iaitu iaitu badan yang bertanggungjawab dalam bidang teknikal analisis di Malaysia. Pengalaman beliau dalam dunia saham ni memang terlalu luas dan segala tips yang diberikan adalah tersangat berharga...

Nampak tak? Bukan calang-calang orang yang berkongsi ilmu dalam seminar ni... bertuah rasanya dapat dengar sendiri dan cedok pengalaman diorang yang master dalam dunia saham ni... Sejak tahun 2012, program ni telah mencapai 7000 peserta dan seminar yang diorang anjurkan makin hari makin dapat perhatian masyarakat terutamanya kaum bumiputera...

Haaaa... Kalau korang nak tahu, statistik pasaran Bursa Malaysia menunjukkan peningkatan melebihi 100% bermula tahun 2004 sehingga sekarang. Ini membuktikan bahawa melibatkan diri dalam dunia saham adalah sesuatu yang sangat sangat bagus dan mampu memberikan pulangan yang tidak disangka... Sekarang makin ramai kaum bumiputra sudah berani melibatkan diri dalam pelaburan saham ni... itu pun hasil komitmen badan-badan yang bertanggungjawab seperti Wealth Magnet yang sentiasa memberi ruang kepada pelabur baru untuk memperolehi ilmu pelaburan saham...

Korang boleh tengok sendiri video sekitar Seminar Dunia Pelaburan Saham baru-baru ni... dari video ni jer dah boleh nampak macam mana para peserta seminar begitu bersemangat dan tekun menimba ilmu...



Korang yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang seminar-seminar pelaburan saham seperti ni yang akan diadakan seterusnya boleh hubungi detail di bawah...

Wealth Magnet International
016-2296760 | 019-2102796 | 019-3134544
rcs-event@richworks.com.my
www.facebook.com/pages/wealth-magnet

"PELABURAN DALAM ILMU ADALAH PELABURAN YANG TERBAIK"

Labels: ,