Derita Yen Berakhir... terima kasih yang membantu

Rentetan dari entri Derita Yen... Masih Ada Yang Sayang... Tabung Bantuan Rawatan Yen (klik)

Semalam aku ada ceritakan kisah derita Yen, stray cat yang diselamatkan oleh kakak aku yang kemudiannya mengidap pelbagai penyakit... dari jangkitan penyakit Sporo kepada bengkak hati dan seterusnya masalah buah pinggang sehingga menyebabkan Yen lumpuh separuh badan...

Disebabkan mahukan yang terbaik untuk Yen, semalam aku dengan kakak aku lancarkan Tabung Bantuan Rawatan Yen bagi menampung kos rawatan dan makanan kesihatan untuk Yen... Alhamdulillah sumbangan yang diterima sangat tidak diduga... dalam masa sehari donation untuk Yen mencecah RM800.... terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan... terima kasih juga kepada semua rakan-rakan yang berkongsi cerita Yen di facebook masing-masing...

Sebenarnya aku agak terlambat mengeluarkan article berkaitan Yen kerana donation yang telah diterima tidak sempat pun digunakan untuk keperluan Yen... Huhuhu... Tapi aku pasti walaupun kutipan sumbangan agak terlewat tapi Yen telah diberikan rawatan dan keperluan yang secukupnya oleh kakak aku... 

Petang semalam 20 Oktober 2014 tepat pukul 6.43 petang Yen telah kembali bertemu Penciptanya selepas 5 bulan dalam jagaan kakak aku...

Gambar terakhir Yen masa atas ribaan kakak aku...

Kalau korang nak tahu... Yen sebenarnya dah seminggu lumpuh... Yen diselamatkan kakak aku pada bulan lima hari tu... masa tu Yen mengidap penyakit Sporo... lepas dah baik sepenuhnya, macam-macam penyakit pulak yang singgah kat Yen... bulan 8 hari tu kesihatan Yen makin merosot... sejak tu Yen jadi kucing yang sangat tak aktif... hanya lepak jer atas katil dalam bilik... kalau nak makan atau membuang baru die turun pegi cari tempat makan dan tray die... walau sakit macam mana pun si Yen takkan poo merata-rata... ada satu tahap tu kakak aku kata si Yen memang dah sangat tak bermaya... tapi die gagahkan jugak jalan slow-slow ke tray die untuk melepas kat situ... tapi bile sampai tray die tak mampu nak melangkah masuk dalam tray... adehhh... kesiannyaaa... huhuhuhu...

Hmmm... berkaitan donation yang diterima untuk Yen, kakak aku akan salurkan kepada NGO yang menjalankan usaha menyelamatkan stray cat macam Yen jugak... semoga sumbangan tu dapat membantu banyaaaaaaak lagi kucing jalanan kat luar sana yang memerlukan perlindungan...

::R.I.P Yen::



Labels: , ,