Apa tu Cabaran 30 Hari?

Cabaran 30 Hari

Gambar atas adalah senarai topik untuk #Cabaran30Hari

Segmen Cabaran 30 Hari ni adalah idea dari rakan blogger Sue Izza dan jugak rakan-rakan lain dari Kelab Blogger Ben Ashaari... asalnya segmen ni hanya cabaran sesama sendiri... nak tengok sape yang gigih dan rajin update entry setiap hari sebab ada antara rakan blogger yang makin hari makin lemau nak update entry... kadang-kadang seminggu sekali baru blog berupdate... alasannya sebab takda idea nak menaip... Dari situ wujudnya segmen Cabaran 30 Hari ni...

Rasanya ramai yang pelik kan tibe-tibe ramai pulak blogger yang update entri pasal Cabaran 30 Hari nii... aku pun terkejut gak sebab ramai yang tanya macam mana nak joint... hehehhee... boleh jer kalau nak joint... tiada syarat khas pun... ada orang ingat kena jadi member #KelabBloggerBenAshaari  dulu baru boleh joint... Ehhhh... takde la syarat macam tu... sape-sape pun boleh jer joint... terbuka untuk semua...

Apa yang perlu dibuat?
Okeh macam ni... korang refer gambar atas skali.. itu adalah senarai topik yang perlu ditulis dalam entry setiap hari... semue topik adalah berkaitan diri korang sendiri... disebabkan cabaran ni bermula pada 1 September... senang la korang nak refer... kalau hari ni tarikh 7 September maka korang kena buat topik yang dikedudukan no 7 dalam senarai di atas... Kalau hari ni 18hb September, so korang kena buat topik yang no 18 dalam senarai di atas... ok faham tak?

Dah terlambat ke nak joint Cabaran 30 Hari ni?
Hehehe... tak terlambat pun... boleh jer kalau baru hari ni korang nak joint... boleh start terus dengan topik yang sepatutnya kena buat hari ni... tapi kalau nak betul-betul sahut cabaran ni... apakata korang buat jugak entry untuk topik-topik yang korang dah tertinggal sebelum ni... tapi backdate la balik tarikh publish tu ikut tarikh yang sepatutnya... 

Then dah buat entry tu jangan lupe share entry korang kat Group Facebook Kelab Blogger Ben Ashaari(klik) atau share dekat timeline facebook korang sendiri dan paling penting jangan lupe untuk letak hashtag #Cabaran30Hari dan #KelabBloggerBenAshaari supaya senang rakan-rakan lain nak blogwalking nanti... korang pun kalau nak baca entry rakan-rakan blogger yang lain juz klik kat hashtag tu jer... nanti keluar senarai semue entry yang berkaitan...

Oh yaaa... ade satu lagi pesanan... bile dah joint segmen Cabaran 30 Hari ni, harap sangat korang rajin-rajin la blogwalking ke entry rakan-rakan lain jugak setiap hari dan paling penting sila tinggalkan jejak korang kat blog tu... Kalau tak blogwalking macam mana nak berkenalan dengan blogger-blogger lain kannn... sebab motif segmen ni bukan jer nak rajinkan korang update entry tapi jugak untuk berkenalan sesama blogger... sebab tu topik semuenyer berkaitan diri masing-masing...

Selamat bersegmen!!!




Klik Link Di Bawah :

Apa itu Cabaran 30 Hari?
Cabaran 30 Hari | Day 1 | 5 Fakta Menarik Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 2 | 5 Cara Memenangi Hati Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 3 | Sesuatu Yang Menguatkan Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 4 | Buku Kegemaran Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 5 | 3 Perkara Yang Ingin Dikatakan Kepada Bekas Kekasih
Cabaran 30 Hari | Day 6 | Apa Yang Abah Careno Makan Hari Ini
Cabaran 30 Hari | Day 7 | Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting
Cabaran 30 Hari | Day 8 | 5 Lagu Cinta Kegemaran Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 9 | 5 Lelaki Menarik Perhatian Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 10 | Apa Di Dalam Wallet Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 11 | Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
Cabaran 30 Hari | Day 12 | 5 Wishlist Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 13 | 5 Blog Kegemaran Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 14 | Cerita Kasut Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 15 | Surat Kepada Akiff
Cabaran 30 Hari | Day 16 | Siapa, bagaimana Abah Careno 10 Tahun Lagi
Cabaran 30 Hari | Day 17 | 5 Perkara Yang Abah Careno Rindukan
Cabaran 30 Hari | Day 18 | Siri TV Kegemaran Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 19 | Resepi Kegemaran Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 20 | Quote Kegemaran Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 21 | Tempat Yang Abah Careno Ingin Pergi
Cabaran 30 Hari | Day 22 | Destinasi Percutian Impian Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 23 | Pekerjaan Yang Diingini Selain Kerja Sekarang
Cabaran 30 Hari | Day 24 | Rumah Impian Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 25 | Berita Terkini Yang Dibaca
Cabaran 30 Hari | Day 26 | Gadget Kepunyaan Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 27 | Mood Abah Careno Hari Ni
Cabaran 30 Hari | Day 28 | 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya..."
Cabaran 30 Hari | Day 29 | Bunga Kegemaran & Ertinya Kepada Abah Careno
Cabaran 30 Hari | Day 30 | Apa Yang Abah Careno Dapat Dengan Blogging

Labels: , ,