Segalanya tak dirancang | ::Blog Abah Careno::

Sunday, August 24, 2014

Segalanya tak dirancang

Semalam rumah aku terima kunjungan geng blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari... Takda planing nak buat open house pun... Masa aku kat open house rumah blogger Ujang n Yana, masa borak2 tu aku offer la diorang yang lain tu datang rumah aku tapi sebab aku fail bab masak memasak ni, terpaksa la culik blogger Najeeb follow aku balik rumah untuk masak kat tetamu yang nak datang.... kehkehkeh...

Ni hasilnya... Spaghetty sosej... Pandai Jeeb masak... Sedapp...

Antara yang datang... Fazrol, Razi, Awi, Sue dengan Qaseh... Najeeb memang dari awal dengan aku sebab dia jadi tukang masak...

Malam tu takpa dirancang Najeeb, Awi dengan Razi bermalam kat rumah aku... esoknya baru aku hantar diorang balik ke stesen LRT...

Ahad pagi tiba2 aku dapat call dari maksu aku... dia tak boleh nak mengasuh Akiff dalam tempoh seminggu ni sebab menantu dia bersalin... nak tak nak terpaksa aku hantar Akiff balik kg...

So, bergegas la aku siapkan bag Akiff then terus balik ke Penang... tengah hari pukul 1 baru bertolak...

Balik kg kali ni aku usung skali kereta kontrol Akiff... dah lama terperuk kat rumah... boleh Akiff main kat kg nanti... gigih nak leraikan kereta ni nak sumbat dalam bonet tapi tak lepas jugak...

Sudahnya sumbat kereta kontrol tu kat seat passenger kat depan... sebelum terus balik Penang aku hantar budak 3 orang ni ke LRT dulu... terpaksa la diorang bersesak kat seat blakang... hahahhaa...

Lepas hantar diorang kat LRT aku alihkan kereta kontrol tu kat seat belakang... terpaksa Akiff tido kat seat depan... nasib baik ok jer...

Ni aku dah kat kg... esok aku balik KL sorang... tinggalkan Akiff kat mak mertua aku... huhuhu... tak sampai hati pulak tapi terpaksa jugak sebab takda orang nak jaga Akiff minggu ni... huhuhu....


9 comments:

  1. Oh pengasuh tak ada ek minggu ni??? Abah dia jangan nangis tau malam2... akiff takda... hik hik hik... jeeb pandai masak, boleh culik jeeb jugak ni...

    ReplyDelete
  2. Ada kereta tu akif tak la bosan, teringatkan papa dia kat KL... seminggu lama tu Lan..

    ReplyDelete
  3. selamat malam... hehee..jom blogwalking sebelum tidur :)

    ReplyDelete
  4. Better tinggal kat rumah nenek dia, dari bagi org lain jaga.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. aduhai... spagetti tu.... melampau2 tempting !

    ReplyDelete
  6. kelassss najeeb masak spagheti! pasni nk import najeeb jugak lahhh...! muahaha~

    ReplyDelete
  7. kereta dalam kereta kau mampu? kekkekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar keta akiff, nasib baik kereta akiff muat masuk kereta abah dia. hehehee

      Delete