My Air Asia Free Seats!


Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma Air Asia, saya akan ke Kota Kinabalu, Sabah dan saya akan bawa bersama ahli keluarga terdekat saya iaitu isteri dan anak, mak dan abah serta mertua saya dan pastinya melengkapkan percutian keluarga kami adalah adik serta kakak-kakak saya... bercuti menaiki pesawat adalah sesuatu yang belum pernah kami lakukan dan saya percaya ia suatu pengalaman bercuti yang sangat diidamkan...


Setiap kali tiba musim cuti sekolah akhir tahun, dah menjadi kebiasaan kami sekeluarga untuk pergi bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga. Tahun lepas kami ke Pulau Langkawi, tahun sebelumnya kami ke Port Dickson dan Melaka. Dan perancangan percutian tahun ini nak ke Pantai Timur tapi belum betul-betul planing lagi....

Belum pernah lagi percutian keluarga kami menggunakan mana-mana penerbangan udara sebagai alternatif perjalanan dan kalau berpeluang saya sangat teringin untuk bawa keluarga bercuti ke Sabah... kebanyakan ahli keluarga saya tidak pernah menaiki kapal terbang dan saya yakin jika berpeluang bercuti menaiki pesawat Air Asia ia pasti menjadi moment terindah dalam keluarga saya...

Semestinya setiap percutian kami akan dicoretkan dalam blog ini sebagai kenangan dan rujukan pembaca dan sebagai penggemar fotografi, Sabah adalah pilihan yang sangat sangat tepat kerana Sabah adalah negeri yang kaya dengan pemandangan indah... Walaupun peluang yang diberikan ini membolehkan saya memilih lokasi percutian di luar Malaysia tapi Sabah masih tetap jadi pilihan utama saya kerana kepelbagaian dan keunikan budaya di Sabah adalah berbeza dari Semenanjung Malaysia dan pastinya ia merupakan percutian yang sangat menarik...


Tak sabar rasanya nak tengok reaksi mak, abah, adik, anak-anak sedara bila 1st time menaiki pesawat...

Tak sabar nak tengok mak dengan abah lepak dan bersantai ditepi pantai di pulau-pulau indah kat Sabah sambil tengok anak-anak dan cucu-cucu bermain air...

Tak sabar rasanya nak menggigil di awal pagi dan keluar berjalan-jalan dalam kabus bersama keluarga di Kundasang, Sabah... 

Tak sabar nak bergambar keluarga di ladang ternakan lembu yang macam kat New Zealand tu... Erkk... best nyaaaa...

Semoga impian dan harapan aku sekeluarga tercapai... Korang pun dah boleh start merancang percutian untuk tahun depan... cepat book tiket Air Asia sekarang sebab promosi Free Seats sedang berlangsung dari 25 - 31 Ogos 2014 untuk penerbangan bermula 1 Mac 2015 sehingga 24 Oktober 2015... apa lagi? Klik www.airasia.com atau klik banner Air Asia di permulaan entry ini...


Labels: , , , , ,