Salam Aidilfitri Iklas dari Abah Careno Sekeluarga

Ramadhan tahun ni semakin tiba ke penghujung... Syawal yg mulia pula akan menjelma... dengan ini Abah Careno sekeluarga ingin mengucapkan Salam Seribu Kemaafan ikhlas dari hati utk semua pembaca blog ini...

Terima kasih kerana menyokong Blog Abah Careno... mungkin dlm menulis entry ada yg secara tak sengaja tersentuh isu yg sensitif yg membuatkan pembaca terasa atau ada kesilapan fakta atau bahasa dlm penulisan blog ni... dgn itu skali lagi Abah Careno mohon ampun dan maaf kepada smua...

Salam Aidilfitri juga diucapkan kepada semua dan ingtlah dlm kegembiraan kita meraikan Aidilfitri bersama keluarga masih ramai yg belum mampu tersenyum... sama-sama kita panjatkan doa kepada ahli keluarga mangsa MH370 & MH17 supaya dicekalkan hati, tabah dan redha dlm mengharungi hari-hari mendatang...

Ingatan kepada semua yg ingin pulang ke kampung, pandu dengan cermat dan berhati-hati... semoga semuanya selamat dalam perjalanan... InsyaAllah...

Nah belanjer video peringatan untuk semue...


Dengan Ingatan Tulus Ikhlas
Abah Careno
Miss Permaisuri
Akiff


Labels: , ,