Kotak Hitam (Black Box) MH17

Pertama kali aku tgk rupa dan bentuk kotak hitam (black box) dalam pesawat yg sgt2 penting tu bila berlaku sebarang kejadian yg tak diingini... selama ni tak pernah terfikir pun nak google image kotak hitam tu utk tgk rupe bentuk die... tp sejak peristiwa MH370 aku dpt tau yg black box tu bkn warna hitam sepertimana nama dia tp sebenarnya berwarna warna oren sbb nak memudahkan pencarian... 

Sikit info berkaitan kotak hitam yg aku nak share... black box adalah satu objek yg terdapat di dalam pesawat bagi merekod segala data penerbangan dan juga rakaman suara di dalam kokpit... benda ni sangat penting bagi tujuan siasatan... sbb tu utk kes MH370 kite sangat2 mengkehendaki kotak hitam tu untuk mengetahu punca kemalangan tersebut... black box dibina dgn ciri2 yg tersangat kukuh sehingga mampu menampung segala hentakan atau apa pun situasi.. kalau terbakar pun dikatakan black box ni masih mampu bertahan sehingga melebihi suhu 1,000c... 

Smlm bila aku nmpak gmbar kotak hitam MH17 yg telah diserahkan sendiri oleh Ketua Pemisah kepada wakil Malaysia tu baru aku sedar yg kotak hitam tu kecik jer sebenarnya... selama ni aku dok bayang yg kotak hitam tu bersaiz mcm bag luggage baju yg saiz paling besar tu...

(Sumber gambar dari carian google)

Rupenyer saiz kotak kasut jer... hohohoh...

Sumber dari Sinar Harian dan Astro Awani

See... tu lah die kotak hitam atau black box... besar tu jer... bile dah tau kotak hitam tu sebesar tu jer buat aku terfikir....no wonder la kotak hitam MH370 yg dikatakan hilang di Lautan Hindi tu sampai skrg tak jumpe... klau sblm ni black box ni ade keluarkan isyarat mungkin la logik nak mencarinya... tp klau dah takde ape2 isyarat utk mengesannya... juz berdasarkan penglihatan jer... perghhhh... guane tu?

Hmmm... setahu aku kotak hitam ni bukan sahaja terdapat dalam pesawat tp juga ada dalam kapal2 perang, ferri, star cruise dan kapal2 besar yg lain.... dan dulu pernah dibangkitkan isu kat negara kita ni utk meletakkan kotak hitam di dalam bas dan jugak lori sbb byk sgt kes kemalangan melibatkan kenderaan2 besar ni... tp tak sure plak aku bende tu dilaksanakan ke tak skrg ni....

Apapun sama2 kita mendoakan kesejahteraan roh mangsa tragedi MH17 dan diharapkan isu MH370 juga dpt diselesaikan segera... semoga seluruh keluarga mangsa MH17 dan MH370 tabah dan sabar dlm menghadapi ujian Allah ni...

Aku secara peribadi dari Blog Abah Careno mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga yg terlibat terutamanya kepada ahli keluarga salah seorang crew MH17 iaitu Azrina Binti Yakob...

Labels: