Ucapan Hari Guru untuk Isteri

Selamat Hari Guru buat semua guru dan pendidik kat seluruh dunia... Kerjaya guru ni tersangat mulia bagi aku... mana datangnya doctor, perdana menteri, saintist dan lain2 klau bukan guru yg mendidik dan mengajar dari peringkat awal...

Tahun ni Miss Permaisuri kali pertama bergelar guru sepenuh masa... sebelum ni dia ada pengalaman sebagai guru kontrak selama tiga tahun... tp sejak diserap sebagai guru tetap ni, besar betul pengorbanan yang dia buat demi mendidik anak bangsa... 

Terpaksa berjauhan dgn aku dan Akiff juga adalah pengorbanan terbesar yg dia buat sebagai seorang guru.. huhuhu... semoga Miss Permaisuri tabah dan cekal dlm mendidik anak bangsa kat tempat orang... Abah dengan Akiff sentiasa menyokong kerjaya murni ummie...

Selamat Hari Guru....

"GURU IBARAT LILIN YANG SANGGUP MEMBAKAR DIRINYA DEMI MENERANGI ORANG LAIN"

Ayat atas ni mmg feveret aku kalau tiap kali hari guru... wajib tulis dalam kad nak bg cikgu... hahahhaa...