Baju Melayu Moden Buat Hari Raya 2014


Tak ramai lelaki yang merasakan fesyen tu penting bagi diorang walaupun sebenarnya ia wujud dalam kehidupan kite... Fesyen ni memang dah tak boleh dielakkan... Cuba kite tgk sekeliling kite, hampir segalanya boleh dikaitkan dengan fesyen... apa yang kita pakai skrg ni adalah contoh terdekat yg boleh kita ambik dalam hal ni...

Jangan kata korang tak suka berfesyen atau tak kesah dan tak ambik port pasal fesyen ni sbb secara logiknya nak ke korang akan pakai sesuatu pakaian yang stail zaman dulu? Yang klasik maksud aku... mcm style pakaian dalam filem2 P.Ramli tu... sanggup ke pakai mcm tu pastu kluar g lepak mamak dengan kengkawan... hahahha... tak mungkin la kan korang nak pakai pakaian yg pernah popular zaman 1980-an dulu pada zaman skrg ni.... lain la kalau pakai pergi parti kostum...

Fesyen pakaian orang laki dengan pompuan sentiasa berubah ikut peredaran masa... cumanya fesyen lelaki ni mungkin lambat skit arus perkembangan dia berbanding fesyen orang pompuan sbb tak banyak ruang untuk mengolah fesyen lelaki sepertimana fesyen wanita... Tapi, bagi pakaian tradisional lelaki Malaysia, apa yg kita boleh nampak kini adalah pertembungan gaya klasik dan moden...

Baju Melayu moden misalnya adalah pakaian tradisional yang direkabentuk untuk lelaki zaman sekarang... Ianya telah diberikan sentuhan moden bagi diketengahkan dalam pasaran fesyen yang lebih besar dan mengikut trend terkini... Masih sama seperti dulu, baju melayu moden masih tetap murah dan mampu dimiliki oleh semua orang. Malah ia masih kekal popular sebagai pilihan utama di hari raya selain dari jubah moden. Biasanya jenis baju yang dapat perhatian adalah jenis Baju Melayu Teluk Belangan dan Baju Melayu Cekak Musang...


Lelaki kalau pakai baju melayu pastu pakai pulak dengan sampin hasil tenunan yang sangat cantik dengan kombinasi warna yang sesuai mesti nampak segak bergaya terutama hari raya nanti... Malah kalau dipakai lengkap dengan songkok dah boleh hadir untuk majlis-majlis formal dan majlis perkahwinan dah.... Pastu pakai plak dengan kasut hitam kannn... tak pun sandal atau capal... perghhh... kompom nampak bergaya habis... untuk dapatkan sepersalinan baju melayu berjenama terkemuka dengan harga yang murah, boleh jer beli secara online... Skrg ni dah banyak online shopping website kat Malaysia ni yang menawarkan koleksi Muslim wear untuk lelaki... boleh la try ushar... aku pun skrg ni dlm proses ushar baju melayu online...


Labels: , ,