Percutian Menarik Musim Cuti Sekolah

Tempat percutian menarik sepanjang cuti sekolah... rasanya keyword ni ramai orang guna utk search google bagi membantu memilih lokasi percutian seisi keluarga... macam aku sendiri, tiap kali nak bercuti memang aku akan google puas-puas dan survey betul2 lokasi yang aku nak pergi tu... biasanya review dari blog dan jugak mana-mana website sangat membantu aku dalam memilih tmpt percutian....

Macam cuti-cuti aku sefamily masa cuti skolah hujung tahun lepas... start bulan 9 aku dah survey tmpt percutian mana yg aku nak pergi... biasanya kakak2 aku ni jenis bagi cadangan jer... yg rajin dok meng'google' ni aku jer laa...  due tige bulan jugak aku prepair utk bercuti... survey tmpt2 penginapan... tmpt2 mkn... tmpt2 berjalan...

Mcm cuti sekolah tahun lepas... kitorang 1 family g bercuti ke Langkawi... aku dah citer detail pasal percutian tu dalam blog aku ni.. smpai 6 episod review percutian aku tu... hahaha... hambek ko... nak baca cuti2 Langkawi aku tahun lepas boleh klik sini...

Antara gambar percutian kitorang...

Kalau korang nak cuti2 budget... takmo g jauh2... nak bawak anak cuti2 kat KL ni jer... taknak menginap mana2... day trip jer... meh sini nak bagi idea kat korang... boleh jer korang bawak anak2 g Pusat Sains Negara... dkat Bukit Kiara, Damansara... serius best dan berbaloi...

Klik sini untuk baca review pasal Pusat Sains Negara...

Tak pun korang boleh pergi Aquari KLCC atau Petrosains KLCC... kat KLCC ni ade mcm2 weh... sehari suntuk boleh habis kalau kat sane... selain Aquaria dgn Petrosains, korang boleh try naik Sky Bridge... jambatan yg kat tengah2 antara dua menara KLCC tu... selain tu ade gak kolam awam utk budak2 mandi manda... yg suke berpossing2 tu... taman KLCC tu mmg port terbaek... Maklumat2 ni ade jer kalau korang cari dalam Virtual Malaysia...

Aquaria KLCC

Petrosains KLCC

Kalau nak keluar KL skit... boleh g I-City kat Shah Alam... mcm2 ade kat situ... antaranya muzium lilin atau dipanggil Red Carpet dan jugak Trick Art Muzium...

Red Carpet, I-City

Trick Art Museum

Hmmm... skrg kan musim panas terik... susah sgt nak merasa hujan... korang nak cari tmpt2 yg sejuk skit... dingin2 skit... udara nyaman... puuuuuun ade jer... g la Genting Highland... takyah nak bermalam... day trip pun boleh...

Genting Highland

Strawberry Farm Genting Highland
Nak main petik2 strawberry takyah nak g jauh2... kat genting ni pun ade... sejam jer dari KL...

Hoiii... nak aku citer smue mmg banyak sangat la kot...dlm blog aku ni pun dah bersepah review percutian... tp kalau korang nak maklumat yg lebih menarik tmpt2 percutian seluruh Malaysia.. maklumayg lebih detail... korang boleh tgk kat Virtual Malaysia... masuk web tu nnti mcm2 idea percutian korang bleh dpt... kan dah nak musim cuti skolah ni... cepat la survey...


Labels: , , , , ,