Luahan Hati Seorang Suami dan Ayah

7 April 2014... aku tak tahu mcm mana perlu aku raikan berita tersebut... sekian lama Miss Permaisuri berhajat menjadi pendidik secara tetap... akhirnya menjadi kenyataan... hari tersebut keputusan semakan secara online penempatan guru dikeluarkan...

Tahniah! Maklumat Penempatan Anda Adalah Seperti Berikut : Negeri Ditempatkan : Sarawak

Aku terdiam bila dapat tahu Miss Permaisuri ditempatkan di Sarawak...

Aku cuba untuk positif... aku cuba untuk kuat... tapi akhirnya aku menangis juga... menangis dalam pelukan Miss Permaisuri... Akiff tercengang tengok kami menangis... Akiff menghampiri dan datang untuk berpelukan juga sambil bertanya " Awat... Awat..."

Aku sedih bukan kerana Miss Permaisuri ditempatkan di Sarawak... tapi aku menangis mengenangkan yang Akiff akan skali lagi ditinggalkan oleh ummie dia... dulu waktu Akiff kecik dia mungkin belum mengerti... dia mungkin tidak sedar kehilangan ummie dia... tapi sekarang Akiff dah besar.. dan pandai cakap... pantang kalau ummie dia hilang kejap mesti dia cari...

Dah setahun Akiff diuruskan oleh ummie dia dari pagi sampai ke malam... 24 jam bersama ummie... 

Bangun pagi terus cari ummie... mandi ummie yang uruskan... bergelak ketawa dalam bilik air dengan ummie... 

Pakai baju ummie yang uruskan... walaupun puas bergaduh nak pakaikan baju Akiff... 

Makan ummie yang uruskan... walaupun sampai kena marah dan paksa untuk makan...

Bila demam ummie yang selalu berjaga... selalu pantau suhu Akiff... selalu lap lap badan Akiff...

Bila malam... main2 mainan... baling2 mainan... mesti ummie jugak jadi mangsa... Ummie slalu jadi mangsa buli Akiff... sampai luka... sampai lebam... tapi Akiff pandai pujuk...

Bila ingtkan semua tu aku jadi tak kuat... macam mana aku nak jawab kat Akiff kalau dia cari ummie dia... Nak biarkan Akiff ikut ummie ke Sarawak??? BIG NO! Aku tak izinkan... kat KL aku boleh uruskan Akiff... Maksu aku ada untuk jaga Akiff waktu aku kerja... kalau kat Sarawak, siapa yang nak jaga Akiff bila ummie ke sekolah? Nak cari pengasuh? Taska? No... itu bukan pilihan yg ada... Kalau Akiff demam? Ya Allah... macam-macam yang aku fikirkan...

So, apa masalah aku sebenarnya ni...?
Masalah aku adalah aku tak sangguh nak pisahkan Akiff dengan Ummie... itu jer...

Semalam cubaan pertama selepas sekian lama...
Kebiasaan, Ummie tido kat tengah... Akiff belah kanan ummie... abah belah kiri ummie...
Kebiasaan, Akiff akan pegang tangan ummie bila nak tido... tabiaat Akiff dari kecik mesti nak gentel2 siku ummie bila nak tido...
Tapi semalam, aku cuba ambik alih tempat ummie... aku tido sebelah Akiff... mula2 Akiff ok... tapi kemudian dia bangun dan cari tangan ummie dia jugak... huhuhu...

Hmmm... sekarang aku sedang berusaha merayu mohon penempatan Miss Permaisuri diberikan di KL atau Selangor... Doakan usaha kami berjaya k...

Semalam kami ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kat Putrajaya... buat rayuan... hampir seratus orang yang hadir dengan tujuan yang sama... dan hampir 100% alasan adalah kerana anak... memisahkan isteri dengan suami bukan perkara luar biasa zaman kini... ramai jer yang bergelar weekend husband or wife... tapi memisahkan anak dengan ibu atau bapa adalah sesuatu yang kejam bagi aku...

Semalam aku lihat ada wanita yang baru lepas bersalin... masih dalam pantang... datang buat rayuan...
Semalam aku lihat ada ibu yang bawa anak yang masih sangat bayi... yang masih menyusu badan... datang buat rayuan...
Semalam aku lihat ibu yang beranak 3 datang bawa bawa bersama semua anak yang masih kecik... datang buat rayuan...
Semalam aku lihat seorang anak yang datang ditemani ibu bapa yg tua dan uzur... datang buat rayuan...

Masing-masing ada alasan sendiri... masing-masing ada alasan kukuh...

Ntah laa... sekarang aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa dan berharap sahabat2 semua berdoa untuk kami agar Miss Permaisuri dapat tukar ke KL atau Selangor...

Walau apa pun keputusan... Abah dengan Akiff doakan yang terbaik untuk ummie... boleh kami g jenjalan Sarawak... hehehe...




Labels: , ,