Pakej Percutian Keretapi : Episod 1 (Pelancaran)

Tahun Melawat Malaysia 2014

Pernah tak korang terfikir nak g bercuti dengan keretapi... serius.. aku mengaku aku tak pernah terfikir pun sebelum ni... mcm tak bebas jer kan bercuti naik keretapi pastu bile dah sampai satu2 tempat, menyusahkan diri pulak nak kena cari transport lain utk gerak ke mana2... itu yg aku fikirkan sebelum ni...

Bila aku dpt tau ade pakej percutian keretapi, aku tertanya gak... pakej ni juz stay dlm keretapi jer ker sepanjang percutian... pastu dlm train tu ade ke mcm2 aktiviti... aku dok bayang mcm naik kapal star cruise tu... bermalam dlm train pastu dlm train ade mcm2... kehkehkeh... sebenarnya pakej mcm tu ade kat luar negara cuma kat negara kita jer blum ada lagi... InsyaAllah sikit masa lagi akan ada pakej mcm tu... Persatuan Pelancongan Keretapi Malaysia (RTAM) tengah usahakan pakej percutian mcm tu... kite tunggu jer... 

Hari tu bile aku dapat offer untuk pergi bercuti ke Ipoh by train sempena pelancaran pakej percutian keretapi... aku excited giler... dok menghitung hari jer... tambah2 lagi bile dpt iternary pekej tu... penginapan dia bukan kat hotel beb... tapi kat homestay atau senang ckp kat rumah rumah orang kg... kat kg yg dah dijadikan sebagai perkampungan untuk perlancongan... stay dengan family angkat... waaaaa... bertambah excited la aku... zaman sekolah dulu teringin nak joint program keluarga angkat tp tak pernah dpt joint... tak sangka pulak dah tua bangka ni dpt pulak mak pak angkat... hahaha...

Percutian ni bermula dari KL Sentral pada 10 Januari 2014 dan berakhir pada 12 Januari 2014... iaitu selama 3 hari 2 malam...


Program bermula dengan acara Perasmian Brosur Pakej Pelancongan Keretapi Malaysia oleh YB Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia iaitu Dato' Seri Muhammed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz...

Tahniah kepada Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) dan jugak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana berjaya memperkenalkan pakej pelancongan yang bagi aku sangat sangat menarik dengan konsep percutian yang sangat berbeza... bermula dengan pengalaman perjalanan menggunakan train dan digabungkan dengan percutian di perkampungan desa...

Nanti kat last entry ni aku share dengan korang pakej pelancongan yg mcm mana yg ada.... baca dulu entry ni sampai habis..


Ni antara sekawan blogger yang turut menghuru-harakan program ni... ramai antara dorang yg 1st time aku jumpe tp die punyer havoc dah mcm jumpe kengkawan skolah... mcm dah kenal lama...

Lebih kurang pkul 5.40 petang kitorang gerak ke Ipoh menggunakan Electronic Train System (ETS)... ni pengalaman pertama aku naik ETS... giler laju wehhh... kelajuan train boleh mencapai kelajuan maksimum 140km sejam... Hohohoho... berdesup... suke suke suke....

Keadaaan dalam train agak selesa... siap ade plug kat bawah seat utk caj hp or laptop...

Ada cafe jugak... boleh lepak2 minum sambil tgk pemandangan indah...

(Kredit gambar dari sini)
Dalam train ETS ni turut disediakan tandas yg mesra OKU... agak luas dan bersih... nak joget2 dlm tu pom boley... tp jgn dok buat perangai mcm tu sbb hari tu aku nak masuk toilet... ntah sape la dok bertapa kat dlm toilet tu... berjanggut aku tunggu... nak nangis tahan kencing tau tak... kalau tak silap aku ade 4 toilet dlm train tu... 2 lagi kat koc lain yg jauh skit... 

Haa... korang jgn terkejut kalau dlm ETS tu jumpe awek2 kuning ni... sbb ETS ni mmg ade pramugari dan pramugara... kalau rasa kecik2 dulu ada impian nak jadi pramugari tp korang gayat... haaa... boleh try apply kejer kat ETS ni... tak dpt jadi pramugari atas awan, dpt jadi atas landasan pun ok gak kannn... kehkehkeh...

Perjalanan kitorang hari tu ditemani oleh YB Menteri sendiri... ni 1st time aku berdepan dgn YB Menteri... peramah gak orangnya... die siap jalan melawat kat semua koc... smpai kat tmpt kitorang terus kena tangkap... wajib bergambar dulu... kalau tak, tak boleh lalu... hahhaa... ampun yer YB Menteri... harap bersabar dgn ank2 riang ni...

Perjalanan ke Ipoh makan masa 2 jam 20 minit... smpai2 jer kat Ipoh terus dibuat Sidang Media kat tepi train tu jugak...

Ko nampak tak tahap kegigihan aku nak dptkan gambar ni... siap panjat kerusi... hahaha...

Ingt lagi ayat YB Menteri masa sidang media tu... lebih kurang cenggini ayatnya...

"saya datang ke Ipoh ni menggunakan train ETS dan bawa bersama rakan2 blogger dan jugak pihak media untuk mempromosikan negeri Perak dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2014..."

Die sebut blogger dulu wehhh... bangga kejap... rasa dihargai gitew... hahaha...

Ok.. aku stop dulu citer smpai sini... apa yg berlaku kat Ipoh aku story next entry k...

Mcm yg aku cakap tadi... korang yg berminat nak tgk pakej percutian by train sepertimana brosur yg telah dilancarkan oleh YB Menteri boleh klik sini untuk ushar2 pakej yg disediakan...

Kat bawah ni aku bagi beberapa contoh pakej yang ditawarkan...


Kat brosur tu dah ade contact number yg patut korang hubungi kalau korang berminat atau boleh jugak email kat alamat yg ada dlm brosur tu...

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com

Korang tgk sendiri program yg disediakan dlm pakej tu... mesti korang pun teruja mcm aku.... InsyaAllah.. ada rezeki aku nak bawak family aku g bercuti ikut pakej yg ada ni...

Labels: ,