1st time terlibat dengan program mega - Railway Tourism Malaysia

Yeahhh... hari ni adalah harinya... untuk pertama kalinya aku terlibat dengan event besar sebagai seorang blogger... Hehehehe... blogger la sangat kannn...

Aku cakap ni event mega sebab melibatkan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia iaitu YB Dato' Seri Mohamed Nazri B. Abd Aziz... aku terlibat sebagai petugas media bagi memberikan gambaran tentang Pakej Pelancongan Keretapi yg disediakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014...

(Ehsan Google Image)

Meh aku story skit pasal event ni... program ni adalah selama 3 hari 2 malam... Jadual yg diberikan secara ringkas adalah macam kat bawah ni...

Jumaat

- 4.30 petang ada Majlis Pelancaran Pakej Pelancongan Keretapi oleh YB Menteri.

- 6.00 petang tetamu VIP dan media bertolak ke Ipoh menggunakan Tren ETS. Sidang media dibuat di dalam tren semasa dalam perjalanan.

- 8.00 malam ada sambutan di Ipoh... ada mini konsert... Najwa Latif pun ada...

- 12.00 malam semua peserta dan media di bawa ke perkampungan homestay dan tinggal bersama keluarga angkat. Peserta dan media dipecahkan kepada 3 perkampungan homestay iaitu Homestay Bukit Gantang, Homestay Kg, Beng dan Homestay Gopeng.

Sabtu

- 8.00 pagi dibawa ke Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014. Antara acara yg terdapat di pesta tersebut adalah pameran dan jualan makanan tradisional, pertandingan nasyid, pertandingan & pertunjukan kebudayaan, pertandingan masakan, pertandingan parut kelapa, pertandingan tumbuk sambal belacan, pertandingan makan durian dan demonstrasi masak nasi dalam buluh.

- 3.00 petang peserta kembali ke perkampungan homestay masing2 sebab setiap homestay dan menyediakan program yang tersendiri  seperti sukan rakyat, memancing, jalan-jalan kampung dan white water rafting... hohohoho... mcm best jer...

- 8.00 malam aktiviti BBQ

Ahad

- 9.00 pagi Pelancaran Majlis 'Voluntourism Victoria Bridge Green Day 1 Malaysia Clean, 1 Malaysia Green Program' di Victoria Bridge, Kuala Kangsar.

-11.30 pagi aktiviti gotong royong masak tengah hari bersama penduduk kampung.

- 6.00 petang bertolak pulang ke KL Sentral dengan menggunakan Tren ETS.

Ikutkan jadual yg diberikan nampak mcm jadual padat jer kann... tapi menarik... minggu depan harap bertabahlah mengadap entry2 aku citer pasal cuti2 ni... hehehe...

Labels: