Ustaz Kazim tolak tawaran Majlis tertinggi UMNO


SUNGAI PETANI - Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM.
Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.

Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata,  beliau masih belum membuat kputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.

Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

Sumber : Sinar Harian


Yeahhh... akhirnyaaaa...
Aku sebenarnya tak setuju dari awal lagi pasal ni sbb bagi aku Ustaz Kazim adalah antara penceramah yg berjaya menarik org ramai utk terpaku depan dia bila dia bagi ceramah agama... mcm jugak Ustaz Azhar Idrus... dioranga da aura tersendiri dan cara tersendiri... penceramah skrg mmg kena cari cara tersendiri untuk menarik org mendengar ceramah diorang... tak macam aku zaman skolah dulu... kalau kena g dengar ceramah agama tu dah rasa mcm kena hukuman... terseksa... hahahha... yer laa... die punyer mengantuk tu dah mcm gantung batu lesong kat mata... nak tertutup ajer...

tapi Ustaz Kazim dgn Ustaz Azhar Idrus ni lain skit... nmpak jer video die kat fb kompom klik play... kalau ada dtg kawasan rumah aku kompom aku p walaupun tak penah p pun sbb tak pernah lg dgr diorang dtg dkat2 kwsn umah aku... huhuhu...

Tapi sejak Ustaz Azhar Idrus terlibat dengan politik dan berkempen untuk PAS... aku dah start malas nak dgr ceramah dia... sbb ceramah dia dah kelain sikit... itu yg aku tak suka... aku bukan tak suka politik cuma aku tak minat... dan kalau ada apa2 yg berbau politik menyebabkan aku hilang minat...

Mcm tu gak bila aku dgr Ustaz Kazim ditawarkan jadi MT UMNO... wooo... aku trus tak setuju tp takde la aku nak kecoh2 kat fb... juz tak setuju dlm hati aku jer laa... bkn ape, aku tak nak nnti die selit2 hal politik dlm ceramah dia... tp Alhamdulillah.... Ustaz Kazim bijak sbb menolak tawaran tu... i loike....

Labels: