Lawak Ke Der 3 Dibawakan oleh ESCAPE

ESCAPE mencuit anda dengan Lawak Ke Der 3

Yeahhh... berjaya jejak kaki lagi skali kat Istana Budaya ni... dulu masa 1st time dtg sini tgk teater Natrah... now untuk Lawak Ke Der 3... memang tak sangka pulak dpt peluang tgk Lawak Ke Der 3 ni kat situ... lebih best lagi... aku dpt tgk 1st show diorang... tgh fresh giler... mmg puas hati giler... Memang rugi sesiapa yang tak tengok Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya. Kalau Lawak Ke Der yang sebelum ni pun dah buat kite gelak berguling apatah lagi yang ketiga ni. Kehadiran muka-muka baru seperti Kumpulan Jambu dan Douglas Lim berjaya menyenakkan lagi perut dengan lawak kental diorang. Sepatutnya masuk Istana Budaya kena sopan santun skit... yer laaa... tempat ade kerlasss kan, tapi aku takdenyer... bantai gelak smpai lupe dunia... kalau boleh guling, kat situ gak aku guling... hahahaha... hover plak...

Pendapat aku la kan, Lawak Ke Der 3 ni adalah yg lain dari yg sebelum2 ni... sbb lawak kali ni lebih kepada konsep stand up comedy... no watak... no karektor... kcuali Kumpulan Jambu... ada yang kata Lawak Ke Der 2 lagi kelakar, ada yang kata Lawak Ke Der 3 yang terbaik. Nak tau best ke tak best kenalah tengok sendiri sebab masing2 ada pendapat tersendiri. Yang pasti Lawak Ke Der 3 memang tak merugikan kalau korang ke Istana Budaya.

Ni antara blogger2 yg hadir malam tu... ada blogger hot... blogger suam2 kuku pun ada... blogger yg tak brana nak blogger pun ada... hehehe... aku letew...

Tiket dah dpt... yeahhh... excited nak masuk ni... 

Sebelum show mula aku terjah dulu back stage... hahaha... jelez diorang yg lain... aku bkn dpt pass exclusive ke ape juz ikut member aku yg jugak staff kat Istana Budaya... die sajer bawak aku jln2 tgk persiapan diorang sblm show start... masa jln2 tu jumpe plak si Nabil ni... kehkehkeh...

Terima kasih kepada ESCAPE kerana memberikan peluang menyaksikan pementasan Lawak Ke Der 3 kali ni dan ternyata kehebatan Lawak Ke Der 3 terbukti apabila tiket-tiket habis dijual. Ramai yang frust sebab tak dapat atau tak sempat nak tengok. Huhuhuu... Apapun, ada berita baik untuk peminat Lawak Ke Der 3 dan pelanggan ESCAPE. Kini korang boleh menyaksikan Lawak Ke Der 3 secara eksklusif melalui ESCAPE bermula 31 Disember 2013 selama 6 bulan. Lama tu! Kali ini jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Lawak Ke Der 3 di ESCAPE.

Bercakap mengenai peluang, ini ada satu lagi peluang yang mesti direbut oleh pelanggan Celcom macam aku. Sertailah peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 setiap hari! 

Caranya mudah. Mulai 7 Dis hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik sini setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3. Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.

Nak tahu tahu lebih lanjut? Layari laman web ESCAPE (klik sini)

Ehhh... aku dok sebut-sebut pasal ESCAPE ni korang tahu ke ESCAPE tu ape?
ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja. Anda boleh menikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.

Pilih sahaja yang mana anda mahu.  Anda boleh memilih untuk membayar dan menonton filem kegemaran dengan sekali bayar atau melanggan akses bulanan tanpa had, hanya RM25 sebulan! Terdapat lebih daripada 500 filem dan rancangan untuk dipilih merangkumi pelbagai genre (Aksi, ngeri, komedi, drama, seram, cinta) dan paling menarik termasuklah konsert terkini, acara karpet merah yang eksklusif, berita terbaru dan banyak lagi.

ESCAPE adalah teman hiburan yang sentiasa bersama anda bila-bila masa, di mana jua. Anda boleh menontonnya menerusi telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi, lancar dari peranti ke peranti (sesuai dengan iOS, Android, MacOS dan Windows). Dengan rangkaian terpantas Celcom, anda boleh menikmati kesemua tayangan tanpa tersekat-sekat atau tak perlu menunggu lama. Anda juga bebas untuk berhenti dan sambung tayangan program pilihan anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Hebat bukan?

Kini anda tak perlu lagi risau terlepas menonton filem atau drama bersiri kegemaran anda.

Kelebihan ESCAPE yang perlu anda tahu adalah anda boleh menonton mengikut waktu keselesaan anda tayangan tersebut boleh dihentikan dan disambung semula mengikut kesukaan anda. Ia juga boleh diakses melalui pelbagai peranti pada bila-bila masa dan dimana jua.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ESCnow.com sekarang.

Lawak Ke Der 3 | Lawak Ke Der 3

Labels: