Awek Legoland dapat royalti trademark Mcm Cantik Jer, Mcm Comel Jer

Skrg kan tgk femes lagu Macam Cantik Jer Macam Comel Jer nyanyian Amar... aku mule2 dgr mcm layan gak laa... cuma part rap tu kureng skit... mcm tak masuk jer... mcm tak kena jer...

Tadi masa dok layan lagu tu kat Page Amar... aku sajer la bace2 part komen kat video tu... dan aku jumpe sesuatu yg menarik yg aku nak share kat sini...

Nampak tak komen Amar yg aku kotakkan kat blah kanan gambar tu... kalau tak nampak meh aku nak kopipes kat bawah ni...

PERHATIAN, Ramai yang tanya sy sama ada secara inbox atau pada komen2 di page2 yg lain ttg royalti Syasya ni macamana. Ooo.. Dulu korang kata macam2 kat dia, skrg ni backing pulak. Hehehe :-) Sebenarnya mengikut undang2 mmg Syasya ni berhak terima royalti dengan syarat lagu ni dimainkan di radio dan tv. Ataupun kalau album lagu ni dijual dalam pasaran (entah bila nk keluar album). Kesimpulannya, korang tolong ler promot lagu ni supaya masuk radio dll. Sy mampu buat lagu je sbb bz dgn tugas sy di firma guaman, smlm br kena sound dgn client sbb kes lmbt selesai. hahah. Ok?

Haaa... Amar sendiri yg ckp Syasya si awek legoland tu mmg ada hak utk dpt royalti dari lagu tu asalkan lagu tu dimainkan kat radio atau dah masuk album... Amar ni lawyer dan die sgt fhm hak2 yg sepatutnya Syasya dpt... bagus la kann mcm tu... kalau dpt mmg rezeki awek legoland tu laa... rezeki gedik namanya... gedik2 dpn camera pun dpt duit... hahaha...

Yang belum dgr lagu ni meh layan tgk...


Lirik Lagu : MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER

PERHATIKAN KEINDAHAN ALAM DAN DIRI
BETAPA AGUNGNYA KUASA ILAHI
HEBATNYA DIA YANG MAHA PENCIPTA
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR

KECANTIKAN KEINDAHAN YANG DIBERI
HANYA PINJAMAN SEMENTARA
SEBAGAI UJIAN UNTUK KITA
APAKAH BERSYUKUR ATAU SEBALIKNYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEMUA CIPTAAN ALLAH
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
SEGALA PUJIAN KEMBALI PADA-NYA

MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
INDAHNYA TUHAN CIPTAKAN KITA
MACAM CANTIK JER, MACAM COMEL JER
AJAIBNYA ALAM SEMESTA

RAP:

Sesama kita jangan mengata
Usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah
Cantikkan akhlak comelkan peribadi
Ia pemikat hati, ia hiasan diri
Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan Yang Maha Esa
Bersyukurlah kita dengan nikmat-Nya

Amacam? OK?