Wall Makeover By Na From Nadia Farahida


Hah... tibe2 nampak plak entry si Nadia Farahida ni dok mencari 3 buah rumah untuk di'make over' secara FREE!!!! Gilewwwww... sape tak nakkk...

Dan paling aku teruja bile bende yg nak ditaja tu adalah wall paper...
Woh Hemmm Geee...

Ibarat orang kebulor nasik pastu ko jamu nasik kandaq kuah banjir... mmg ohsemm sangat...

Start rumah yg aku dok skrg ni dah bertukar nama pemilik kepada nama aku, wall paper adalah antara perkara yg kami laki bini dok survey... dah banyak page wall paper kat fb kami like... dah banyak expo renovation yg kami pergi... tp masalahya budget tak cukup lagi... ekekeke...

Korang bayangkan rumah aku sekarang ni dah mcm tadika... kat ruang tamu colur kuning court mammoth.. dalam bilik colur light purple... bilik satu lagi colur putih... dalam master bedroom colur pink... hohoho... ni bukan kejer kami laki binik... ni kejer tuan rumah sebelum ni.... gilosss...

Ok2... untuk memudahkan si Nadia memilih rumah aku tanpa rasa was was, meh aku nak jawab slogan yg dia buat tu... slogan ni wajib dilengkapkan sebagai salah satu syarat untuk menyertai GA ni...

"Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana rumah yang saya diami sekarang ni memang desperately memerlukan wall paper bagi menceriakan suasana dalam rumah yang sekian lama masih lagi dengan colur cat yang sama dan suram... sejak rumah ni menjadi milik saya, colur asal yang diilhamkan oleh tuan rumah sebelum ini tersangat tidak menepati citarasa kami suami isteri... melalui blog Nadia Farahida ini saya mula mengetahui tentang Wall Makeover By Na dan selepas hampir berhari-hari memilih design yang tersangat ohsem dalam fesbuk Wall Makeover By Na sampaikan kami laki binik dok bertekak nak pilih design masing2 dan akhirnya kami bersepakat untuk memilih design seperti di bawah untuk dipasangkan di dinding ruang tamu rumah kami. Seperti yang dapat dilihat melalui gambar dinding rumah kami di bawah, jelas kelihatan warna kuning courts mammoth yg jelas nampak lusuh. Sememangnya kami bercadang untuk mengecat dinding rumah kami bersempena menyambut Syawal nanti dan sekiranya rumah kami terpilih, kami tersangat2 dan teramat2 bersyukur dan menganggap ini sebagai BONUS RAYA kepada kami sekeluarga...



Sebenarnya, terdapat banyak pilihan yg kami boleh pilih... tapi selepas buat short list dan mengambil kira suasana dalam rumah dan jugak perabot2 di dalam rumah... kami bersepakat untuk memilih design seperti di bawah kerana design yg simple dan nampak exclusive..." 

*Design Pilihan*

Haa... nampak? Slogan aku tuuu... nak buat lagi panjang sebenarnya tapi takut Nadia malas bace... mcm tu pun ok la ehhh... harap2 penyertai aku ni diterima dan terpilih... InsyaAllah... aminn...

Korang yang berminat nak joint contest ni boleh buat macam mana aku buat ni... nak tengok syarat-syaratnya boleh klik sini...

Cepaaaaat!!!! Tarikh tutup adalah pada 18 Julai 2013...

(Entry ni sebenarnya dah buat awal2 ari tu tapi sebab susah nak pilih wallpaper... sbb tu lambat publish... wakaka...)

Labels: