Happy Anniversary My Luv...

19 April 2009 jam 11 pagi terikat 1 perjanjian sehidup semati antara aku dengan Miss Permaisuri... 1 lafaz diakad dan dia, Nurzaliza Binti Mohd Ali sah menjadi isteri aku...

Hari ni genap 4 tahun usia perkahwinan kami dan semoga ikatan suci ini berkekalan sehingga hujung nyawa dan kita dipertemukan semula di syurga Allah nanti... InsyaAllah...

Ikutkan hati nak jer aku karang ayat jiwang karat kat sini tapi sebab sebok dengan kejer aku buat ayat sempoi dah la ehhh...

"Happy Anniversary baby, semoga cinta kita semakin mekar dan mekar dan berbunga dan berbuah dan berbuah dan teruuuuus berbuah dan tau tau dah anak 4 5... hehhehee... aminnnnn"

Haaa... sempena anniversary kami yg ke 4 ni... aku nak tunjukkan 2 keping gambar yang terrrrrrrrrsangat rare bagi aku... gambar ni cousin aku yg tunjuk kat aku... aku pun tak ingat tahun bila... tapi dikatakan masa ni kami darjah 3 atau 4... oh yaaa... kami sebaya...

Ni adalah antara gambar terawal aku dengan isteri... individu dlm gambar yg tidak dikaburkan tu lah aku dengan Miss Permaisuri... yg berlutut tu aku... yg berdiri blakang aku tu Miss Permaisuri...

Perghhhh... tersenyum aku tgk gambar ni...

Ni ada sekeping lagi... yg bertanda kuning tu aku dengan Miss Permaisuri... masa ni kat rumah mak abh aku kat Kedah...

Kehekehkehkeh...

Sebenarnya kami memang dah kenal dari kecik tp kenal2 mcm tu jer la sebab cousin aku kawin dengan cousin Miss Permaisuri... kalau korang tgk gambar 1st kat atas tu... yg potong kek tu adalah cousin aku dan tukang ambk gambar ni iaitu suami kpd copusin aku tu adalah cousin Miss Permaisuri... haaa... gitew... faham tak... kitorang start couple lepas aku habis study... sebelum tu hanya knal2 mcm tu jer... setahun skali baru jumpe itu pun time raya jer...

Kitorang bukan spupu tp knal atas ikatan mcm aku ckp tu...

Happy 4th Anniversary!!!
4ever Love

Ok laaa... nak g bercuti esok... ehhh... bercuti lagi??? kehkehkeh... masa entry ni dibuat aku tak ada apa2 planing lagi... kita tunggu dan lihat...


Psttt... ni adalah auto publish... aku masih di Kuching skrg ni dan tgh hari ni aku akan terbang balik ke KL... tak sabar nak balik KL nih... Baby... Akifff... abah balik japg... tungguuu... Malam ni kita p makan best2...


Labels: