Tibe2 periuk nasi rosak...

Hari Jumaat lepas aku smpai rumah dari sabah pukul 4 petang... baru lepak kjap kat rumah, kluar pulak bawak Miss Permaisuri dengan MIL kluar makan... lepas tu tersinggah kat kedai letrik HLK kat Balakong... niat dihati nak survey mesin kat bawah ni sebab Miss Permaisuri dok sebut nak beli mendalah ni dari ari tu lagi...

Sebelum ni harga terendah RM299 kat Courts tapi kat sini dapat RM280... ok la tu... dah boleh sambar dah... aku hulur sikit jer... selebihnyer mem yg tanggung... hehehe...

Lepas tu sajer la ushar2 barang2 lain dalam kedai tu... aku sajer la lepak2 depan aircond display kat situ... memang teringin nak bli aircond letak kat ruang tamu rumah... sebab bila orang datang ramai2 kat teratak gua yang sempit tu, terasa bahangnya.. yer la... rumah sempit mmg la akan rasa panas kalau dah ramai manusia berkumpul... bincang punya bincang dengan mem... bla bla bla... akhirnya terbeli jugak aircond tu selepas salesman tu bagi offer terbaekkk... huhuhu...

Masa tunggu  salesman tu buat bill dan tulis kad warranty... aku dengan miss permaisuri pusing2 la dalam kedai tu... tiba2 mem tunjukkan aku deretan microwave kat satu sudut rak dalam kedai tu...

"abang, kat rumah takda microwave lagi la..." kata mem
"dah dah... mana nak letak microwave tu... pakai ja oven yg ada... tunggu renovate dapur dulu... ada kitchen kabinet nnti baru boleh beli... skrg ni beli pun takda tempat nak letak..."

hmmm... aku trus blah dari area microwave tu... lalu plak kat rak periuk nasi....

"haa... abang... periuk nasik kat rumah tu dah nak rosak..." kata mem tiba2
"aikk... sebelum ni ok jaa... nak rosak kenapa plak..." tanya aku mushkil
"nasi tu cepat basi skrg ni... permukaan dlm periuk tu dah tak ok" Mem cuba jelaskan...

Sambil buat muke tercengang
"hoh? Dah dah jom... sebelum banyak lagi benda lain kat rumah tu rosak.. jom kite balik..."


(Yang belum join GA aku silekan joint okeh... klik sini)

Labels: