Tahukah korunk? Tinggalan Penjara Pudu

Dulu.. 
(gambar diambik dari google)

Kini
(Gambar gua snap sendiri semalam secara kebetulan)

Tahukah korunk bahawa penjara pudu siap dibina pada 1895 dan sudah layak digelar bangunan bersejarah... tapi sayang... kini penjara pudu dirobohkan untuk tujuan pembangunan...

Tahukah korunk bahawa penjara pudu telah ditutup semenjak tahun 1997 lagi... semua banduan yang ditempatkan disitu telah dipindahkan ke penjara lain seperti penjara sungai buluh...

Tahukah korunk bahawa lukisan di tembok penjara pudu pernah diiktiraf sebagai Mural Terpanjang Di Dunia iaitu sepanjang 384 meter.

Tahukan korunk bahawa penjara pudu mula dirobohkan pada 21 Jun 2010 tepat jam 10 malam.

Tahukah korunk bahawa ramai orang yang mempunyai kenangan dengan penjara pudu hadir pada hari ia dirobohkan dan berebut2 mendapatkan serpihan dinding tembok yang pecah itu sebagai kenangan peribadi ditambah pulak dengan nilai sejarah yang ada pada penjara pudu itu menjadikan ia sesuatu yang ingin disimpan sebagai kenangan.

Tahukah korunk bahawa pintu gerbang penjara pudu dan dua lukisan mural di kiri dan kanan tidak akan dirobohkan sebagai simbolik kepada tapak Penjara Pudu walaupun pembangunan moden akan didirikan disitu.

Tahukah korunk bahawa tapak penjara pudu ini akan didirikan "Bukit Bintang City Centre" (BBCC).

Apa yang ada dengan BBCC? Berikut gua copy dari MyNewsHub

Pembangunan BBCC di kawasan seluas 7.6 hektar itu akan membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion. Projek itu akan dilaksanakan dalam enam fasa dengan keseluruhan kawasan ruang niaga 540,000 meter persegi dan dijangka siap dalam tempoh hingga lapan tahun atau pada 2015.

Bayangan dan plan perancangan tapak penjara pudu.


Info yang dinyatakan di atas semuanya gua dapat melalui carian google dan dikumpul dari pelbagai sumber. Harap2 sumber yang dinyatakan ni adalah fakta dan bukan auta...

Labels: ,