Nak BERSIH diadakan tiap hari??!!!

Lupa nak tanya nak pakcik ni... hehehe...

Beberapa hari lepas, gua ke Jalan Masjid India... sambil repair kasut gua borak2 dengan pakcik ni..

Katanya... dia ada anak 4 orang...
Katanya... 2 masih belajar dan 2 dah kerja...
katanya... yang belajar sekarang ada di Indon... Universiti kat sana... 
Katanya... 2 orang lagi kerja kat KL ni dan dah berkeluarga... seorang doktor dan seorang guru...

Hmmmmmmmmmmmmmm...

Perbualan kitorang mula2 berkisar tentang diri dan family... die tanyer gua... gua tanyer die balik...

"Pakcik dah lame ker repair kasut kat sini?"
"Dah lama dah... sejak tahun 1997.. masa tu ekonomi meleset teruk... masa tu memang terjejas teruk"
"Sebelum tu pakcik buat ape?"
"Sebelum tu pakcik ade bukak kedai kain kat area sini... tapi sebab gawat terpaksa tutup kedai... sejak tu pakcik repair kasut sini"
bla bla bla bla...

Lepas tu gua alihkan topik perbualan...

"Hari tu masa perhimpunan BERSIH buat kat sini... pakcik ada sini tak?"
"Ada... ramai betul orang hari tu..."
"Kesian peniaga sini kan... terjejas sebab BERSIH hari tu.."

"Kalau boleh pakcik nak suruh diorang buat BERSIH tu tiap hari... dari pagi sampai ke malam tak henti2 orang hantar repair kasut hari tu... yang hantar kasut tapi tak ambik pun ramai jugak... dah 2 bulan tunggu tak datang ambik, pakcik jual jer kasut tu..."