Jangan libatkan anak!!!!

Gua teringin sangat nak komen dan ulas panjang lebar pasal Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan hari sabtu lepas di Stadium Merdeka... tapi disebabkan gua tak nak blog gua ni berbau politik maka gua pendamkan jer...

Cuma satu jer yang gua nak luah jugak kat sini...
JANGAN LIBATKAN ANAK!!!!

Korang punyer pasal la nak joint himpunan tu tapi jangan nak libatkan anak kecik... apesal yang bongok sangat... kalau tiba2 ada rusuhan atau orang baling botol air ker atau pihak berkuasa sembur air ker atau baling gas pemedih mata ker... tak naya ke kat ank kecik tu... hadoiiiiiii... sendiri fikir la..

Bila dah berlaku itu ini mula la sebok cari salah orang itu.. salah orang ini...


Tahukah korunk bahawa mak bapak yang bawa anak ke Himpunan Kebangkitan Rakyat atau kemana2 perhimpunan yang berisiko boleh diseret dan diheret secara ganas ke mahkamah di bawah Akta Kanak-kanak 2001, Subseksyen 31(1) yang membawa hukuman RM20,000 hengget atau penjara tak lebih 10 tahun atau dua2 skali... (Info dari sini)

Tapi, nanti bila dah kena penjara kesian pulak kat anak2 tu kann... hadooo... pastu hakim pulak dipersalahkan sebab tak berhati perut menjatuhkan hukuman tanpa memikirkan masa depan anak2... hmmm...

Yang nak pergi himpunan tu ikut korunk la kan... tapi tinggal la anak2 tu kat rumah pengasuh ker.. atau kalau pengasuh pun nak pergi himpunan tu... korunk tinggalkan laa anak2 tu kat umah mak bapak korunk... tak kisah la nak tinggal kat umah sape pun asalkan jangan bawak budak2... kesian gua tengok budak2 tu... kalau dah takde sape nak tolong jage anak2 kecik tu, biarkan jer la si bapak jer yang pergi... si mak dok umah baca blog sudah...

(Gambar-gambar hiasan di atas adalah melalui carian google... ade banyak lagi gambar yang lain untuk tatapan... sila google sendiri...)