Mood Bercuti - Turn On

Yeahhh... ini adalah entry auto publish sebab gua sedang bercuti bersama family... segala entry yang terpublish dari hari ini sehingga isnin adalah di set secara auto... 
(Sumber semestinya google)

Semalam family gua dari kg datang ke rumah gua kat Cheras ni... Mak, abah, adik, dan anak buah gua 2 orang sampai malam semalam... so, cuti2 bermula hari ini...

Planing hari ni adalah jalan2 sekitar KL dulu... destinasi pertama adalah Petrosains kat KLCC dan jugak Sky Bridge kat KLCC tu... sebenarnya dah banyak kali gua ke Petrosains dan sky bridge tu... semuenyer bawak orang... diorang yang request nak ke situ... gua bawakkan jer... lepas tu gua bercadang nak bawak ke Tugu Negara then terus ke taman rama-rama atau taman burung kat area Tasik Perdana tu... atau mungkin bawak naik kuda kat Tasik Titiwangsa...

Hari jumaat pulak kami smua akan ke Putrajaya... pusing2 dan jalan2 kat sana... Solat Jumaat kat Masjid Putrajaya lepas tu terus ke Shah Alam... lepak kat kondominium cousin gua... kat situ budak2 ni boleh la terjun dan berendam dalam swimming pool kat situ... hari jumaat jugak mak mertua gua dengan anak sedara gua yang sorang lagi akan sampai dari penang.... diorang akan joint cuti-cuti Malaysia kami... hari jumaat malam lepas semua dah sampai kami akan ke I-City...

Sabtu pagi kami ke Port Dickson... siap suruh mak masak bawak bekal... nanti makan kat tepi pantai sebelum chekin kat Glory Beach Resort... Gua dah booking 2 apartment kat situ...

Seharian di PD... mandi laut dan pool... ahad dari PD terus ke Melaka dan jalan2 sekitar melaka... taman buaya, taman mini malaysia, bandar hilir smua tu akan jadi lokasi persinggahan...

Isnin diorang smua dah nak balik kg dan gua akan kembali meneruskan rutin seperti biasa... huhuhuhu...


Perfume terhangat di pasaran kini di sini...


Labels: