Mencari Damai Yang Tenang di Chalet Terapung

Hari kedua raya haji gua dengan family & family mertua pergi bercuti sambil memancing kat Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok yang terletak di Segantang Garam, Kedah. Ini adalah kali pertama percutian kami berkonsepkan agropelancongan. Biasenyer percutian berkonsepkan mandi-manda dengan shoping jer kan... kali ni konsep 'back to nature'... waaaa... kelas gitu... wakaka...

Perjalanan kami bermula seawal pkul 10 pagi dari rumah... gua dengan family dari Alor Setar dan family mertua dengan sedara mara datang dari Penang... kami berkumpul kat Tol Sungai Petani (U)... bila dah sampai semua terus gerak ke lokasi... Anggaran masa dari tol ke resort tu lebih kurang 30 minit... tak jauh pun...

Dalam perjalanan boleh la menikmati keindahan sawah padi di kiri kanan jalan... pemandangan hijau sejauh mata memandang... kalau orang bandar datang sini memang syok giler la kan... tapi kami yang orang kg ni macam tak heran sangat pun... ni ade beberapa keping gambar pemandangan indah sepanjang perjalanan...

Akhirnya sampai ke destinasi...
Jom jalan2 kawasan resort...
tempat memasak open pun ada... dapur gas semua boleh guna... dah masuk skali pakej.. cuma beras dan bahan mentah kena bawak sendiri laa... tempat BBQ pun ada skali... Malam tu kami buat BBQ... rasa macam kat tengah laut tuuu... best best...
Perkhidmatan bot untuk menyusuri sungai Merbok pun disediakan... kena sedia duit jer...
 Ada banyak lagi aktiviti lain yang disediakan... korunk kena tengok dalam website die sendiri laa... kat hujung entry ni nanti gua akan bagi website yang boleh dirujuk...

Aktiviti memancing pun dimulakan...
 Hasil tangkapan pertama adalah ikan pari tapi tak sempat nak ambik gambar... tapi yang bawah ni pun antara hasil terawal yang diperolehi...

Sekarang jom tengok beberapa photoshoot yang sempat dibuat...

Kalau berminat nak ke sini boleh cuba dapatkan maklumat berkaitan di http://chaletterapung.weebly.com




Kalau bercuti jangan lupa bawak perfume skali k... pilih jer kat sini...
-Iklan Berbayar-

Labels: , , ,