Selamat Hari Malaysia

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ni... gua ada story nak share pasal pokok 1 Malaysia... Sebelum tu, ni lah die pokok 1 Malaysia...
Pokok 1 Malaysia ni terdapat di Tawau, Sabah... masa gua ke Tawau beberapa minggu lepas... gua tengok banyak betul logo 1 Malaysia ni di cat di pokok2 sekitar bandar Tawau... dan selepas temubual gua dengan penduduk Tawau sendiri, ada cerita disebalik pokok 1 Malaysia ni...

Khabarnya pokok ni di cat logo 1 Malaysia oleh sepasang suami isteri... pasangan ni dulunyer kejer dengan MAS... lepas dah pencen diorang takde kejer sangat kot, so timbul idea ni... diorang hantar surat cadangan kepada Majlis Perbandaran  Tawau berkenaan nak cat semua pokok dengan logo 1 Malaysia dan mohon peruntukan untuk kerja2 ni... permohonan diorang tu diluluskan tapi peruntukan tak diberikan... kalau nak buat silakan tapi gune duit poket sendiri yer...

Alang2 dah bersemangat waja, diorang tunggu duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang akan diorang dapat... lepas dapat jer duit BR1M tu, diorang gunakan untuk beli keperluan dan start mengecat pokok kat bandar Tawau tu...

Dengan tenaga dan semangat yang ada, diorang start mengecat dan mengambil masa beberapa bulan untuk siap... bukan 1 pokok 1 logo tapi 1 pokok ada beberapa logo 1 Malaysia... bergantung kepada saiz batang pokok tu... dan akhirnya pasangan suami isteri ni berjaya sempurnakan 1000 pokok 1 Malaysia...

Reaksi penduduk Tawau ada yang menerima dengan baik dan ada yang tidak... bagi gua, pasangan pesara ni telah berjaya creat 1 mercu tanda untuk bandar Tawau tu sendiri... bila orang datang Tawau orang akan ingat pokok 1 Malaysia... kan bagus tu... ni jugak merupakan salah satu cara untuk pasangan ni meluahkan rasa cinta dan sayang mereka kat negara kita ni...

Jadi, hargailah keamanan dan kesejahteraan yang kita miliki ni.. Salam 1 Malaysia dan Selamat Hari Malaysia kepada semua...

Labels: