Isteri tak percayakan suami??

Hari ni gua terbaca satu isu yang menarik untuk gua share... gua petik satu petikan dalam article yang gua baca tu...

"kira-kira 80% suami akan meletakkan nama isteri mereka sebagai penama polisi takaful/insurance mereka, namun hanya 30% isteri meletakkan nama suami mereka sebagai penama"

 Hmmm... gua tak pasti sejauh mana kebenaran kajian dan peratusan yang diberikan ni.. tapi, yes... memang gua namakan penama untuk pampasan gua adalah miss permaisuri dan penama pampasan miss permaisuri adalah Akiff... tak dinafikan...


Kenapa ini berlaku?

Antara sebab perkara ni berlaku adalah si isteri khuatir sekiranya si isteri meninggal dunia dan pampasan tersebut diberikan kepada si suami, si suami akan menggunakan wang pampasan tersebut untuk berkahwin lain dan tidak menggunakannya untuk kegunaan si anak... dan kerisauan bertambah lagi apabila si isteri membayangkan sekiranya si suami berkahwin lain, si anak akan terabai dan tidak dilindungi dengan sebaiknya... hmmm... yer la... dapat bini baru la katakan... kehkehkeh...

Sebenarnya kekhuatiran ni berasas jugak... si isteri memikirkan hal demikian bukan kerana tidak mempercayai si suami tetapi perasaan sayangkan anak telah melebihi kepercayaan kepada suami.... dan memang itu yang diharapkan oleh seorang suami iaitu kasih sayang isteri terhadap anak melebihi segalanya....

Tapi isu yang gua nak share sebenarnya berkenaan kesilapan meletakkan nama anak sebagai penama... Secara umumnya, penama hanyalah bertindak sebagai pemegang amanah sahaja... harta peninggalan atau pampasan tetap akan diagihkan mengikut syarak iaitu berdasarkan hukum faraid selepas si pemegang amanah berusia 18 tahun...

Apa yang gua faham sebelum ni adalah segala pampasan akan diberikan kepada penama... rupanya tidak... meh sini gua bagi contoh... gua taknak buat contoh diri gua, gua pilih nama lain k... hehehe...

Katakan Aaron menamakan anak bongsunya Aziz sebagai penama takaful yang dia ambik... satu hari Aaron kemalangan dan mati... pampasan dari takaful Aaron tersebut akan diagihkan kepada isteri Aaron dan juga anak-anak Aaron yang lain... tetapi Aziz telah dijadikan sebagai penama takaful tersebut dan agihan pampasan tersebut hanya boleh dibuat mengikut hukum faraid selepas Aziz mencapai 18 tahun... katakan Aziz baru umur 5 tahun... makanya wang pampasan tersebut akan dibekukan sehingga Aziz mencapai usia 18 tahun... kesian kat isteri Aaron dan anak2 dia yang lain kerana terpaksa tunggu Aziz berusia 18 tahun baru dapat wang pampasan tersebut... kalau Aaron meletakkan isterinya sebagai penama, maka wang pampasan tersebut sudah pasti boleh terus diagihkan kepada smua anaknya...

Haa... faham tak... gua bercerita ni bukan sebab nak promote takaful atau insurance tapi sesuatu yg gua salah faham sebelum ni dan baru hari ni gua dapat faham dengan jelas... so, lebih baik gua share perkara ni... rasanya ramai yg tak tahu jugak ni...

So, lepas ni kalau ada sesiapa yang nak namakan si anak sebagai penama sila fikirkan balik yaa...

Sumber ni semua gua dapat dari majalahniaga.com.. kalau nak lebih jelas boleh baca kat situ...

Labels: