Pernikahan Zamali + Aini

Alhamdulillah... selesai sudah majlis pernikahan abang ipar gua (abang kepada wife gua)... Ini bermakna bertambah seorang lagi ahli keluarga dalam keluarga Cik Ton... sebelum ni hanya gua sorang jer menantu dalam family ni...

Majlis ni berlangsung di kampung orang tua pengantin perempuan di Sungai Bogak, Perak... Tarikh 25 Ogos 2012 jam 12.30 tengah hari akhirnya abang ipar gua Mohd Zamali selamat menjadi suami kepada Nor Aini... semoga berbahagia ke akhir hayat... Majlis resepsi dan menyambut menantu akan diadakan pada bulan 11 nanti...

Gua yang bertindak sebagai photographer untuk majlis akad nikah ni... dah lama tak shoot wedding dan dah lama tak pegang camera... terperap jer camera kat umah sampai berkulat lens...

Ni gua jamu uollz dengan beberapa keping gambar yang sempat di edit... gambar2 lain ade dalam simpanan... sanak saudara yang nak sila roger ok...

Ketibaan rombongan lelaki dari Penang...
Debaran tunggu upacara akad nikah...
Depan surau yang menjadi saksi ikatan suci...
Kakak ipar dengan adik ipar...

Ok.. cukup dulu sampai sini... kita sambung photoshoot wedding nanti k...

Labels: ,