Bangun Pagi Gosok Gigi...

Gud morning... Bermula minggu baru yang best... sana sini mood raye makin kuat terase...
 Semoga sepanjang minggu ni ceria hingga ke hari raya... macam gambar Akiff ni... gosok gigi pun ceria...

Ok... sini gua nak share article yang gua jumpa pasal penjagaan gigi baby... gua pun baru dapat maklumat ni dan rasanya ada yang tak kena dalam penjagaan gigi Akiff...

So, Miss Permaisuri... please take note ok....

1. Elakkan baby tidur sambil isap susu kerana ia boleh menyebabkan kereputan gigi...
Hadooo... ini antara benda yg sangat susah nak buat sebab Akiff memang tido sambil isap botol... tapi ada caranya... bila Akiff dah start lali nak tido kena tukarkan botol susu tu dengan botol yang berisi air Dr.Sukida... tujuannya untuk bilas mulut Akiff dari sisa susu yang tinggal... so, lepas ni kena standby botol susu kecik untuk isi kosong jer...

2. Berikan makanan seimbang dan sihat... kurangkan makanan manis seperti kek, ais krim, gula2 dan lain2...
Hohoho... susah jugak ni sebab feberet Akiff adalah ais krim dan kek... sama macam abah dia... bila abah makan of coz Akiff pun sebok merasa jugak... lepas ni nak kena start kontrol makan depan Akiff...

3. Bawa baby buat pemeriksaan gigi secara berjadual seawal usia 1 tahun...
Hmmm... umur Akiff dah terlebey suda... lepas raya nak kena plan g buat chekup gigi Akiff la kalau macam ni...

4. Tak perlu menggunakan ubat gigi bagi baby berusia bawah 16 bulan dan penting menggunakan ubat gigi berflorida selepas melebihi usia tersebut tapi dalam kuantiti yang sangat skit (sebesar kacang pis)... Elakkan menggunakan ubat gigi berperisa kerana menggalakkan baby untuk menelan ubat gigi tersebut... tak elok untuk kesihatan...
Hmmm... selama ni penjagaan gigi Akiff tak betul la ek... sebelum ni kami gunakan ubat gigi berperisa... so, lepas ni tak perlu guna ubat gigi laa... nanti ada masa baru nak cari ubat gigi kanak2 yang berflorida... Ehh... ade ke? Ade la kot kan...

5. Gunakan berus gigi yang bersesuaian...
Lepas ni nak cari berus gigi macam kat bawah ni... lagi senang nak berus...
(Gambar cilok google)

Ada banyak lagi tips nak share tapi malas nak taip... semue yang gua taip ni gua dapat sumber dari google... lebih dari 1 sumber yang dirujuk...

Dan ni ada article yang gua dapat dari dentalcare.com


Lepas ni dah pasang niat... pagi ummie barus gigi Akiff... malam abah take turn berus gigi Akiff pulak...

Labels: ,