Water Filter Dr. Sukida

Haa... gua dah janji nak hapdet pasal filter dr.sukida kan... hari ni gua story detail pasal filter Dr.Sukida ni...
Ni haa bentuk fizikal Dr.Sukida... ada 7 filter semuanya... 6 filter ade dalam kotak putih tu dan 1 filter kat luar kotak...

Filter putih yang luar kotak tu adalah penapis seramik yang berfungsi untuk menyingkirkan bahan pencemaran atau kotoran fizikal seperti batu, pasir halus, karat, lumpur serta parasit... dari hari ke hari filter putih ni akan bertukar colur jadi kotor... lagi dibiarkan boleh jadi hitam... tapi jangan la biar sampai hitam... kotor sangat tu.... filter ni boleh dibuka dan dicuci sendiri... jangan biarkan kotoran dalam tu terlekat kat filter ceramic lama-lama... air yang keluar dari paip akan mula-mula skali ditapis oleh filter seramik ni laa sebelum masuk kedalam kotak putih tu... dalam kotak tu air paip yang dah ditapis tu akan melalui 6 lagi tapisan dan rawatan....

Meh tengok filter yang dalam kotak putih tu pulak...
Ni la rupenyer... ade 6 botol penapis pelbagai colur... ada putih, kelabu, kuning, merah, hijau dan biru... masing-masing ada fungsi masing-masing... meh gua story satu per satu....

Filter colur putih ni adalah laluan kedua air selepas penapis seramik tu... filter ni mengandungi Bebola Far Infrared yang bersifat alkali... fungsinya adalah untuk meningkatkan kandungan ion kalsium serta menambahkan kealkalian air yang sangat diperlukan dalam badan kite... Kandungan alkali dalam air dapat mengimbangi nilai pH pada tubuh kita... selain tu jugak, Bebola Far Infrared berfungsi meningkatkan kandungan oksigen dalam air serta membebaskan mineral penting dan mengembalikan keseimbangan alkali air serta mengekalkan kebanyakan kandungan mineral untuk membantu proses metabolisma sel... haaa... hambek kau... faham ke tak? Gasak la korang... hahaha...
Seterusnya filter colur kelabu iaitu laluan air yang ketiga... filter ni mengandungi Karbon Aktif  Gred A yang mempunyai daya penyingkiran bau dan warna yang tidak menyenangkan... filter ni jugak la yang menyingkirkan kandungan klorin dalam air... bagi yang mempunyai penyakit kulit atau kulit sensitif, ini la die filter yang bertanggungjawab menjaga kulit uolls sebab kandungan klorin dalam air boleh merosakkan sel kulit kite... kalau bagi baby mandi memang elok sangat ni... oh yaa... untuk mereka yang bela ikan yang santek-santek kat umah tu, air dari filter ni sangat elok untuk ikan tu sebab ikan memang tak suka klorin...
Filter keempat dalam laluan air adalah filter colur kuning ni... filter ni mengandungi Karbon Diaktifkan Gred A serta Bio Kalsium yang berfungsi menghapuskan sama skali bau, warna dan baki pencemaran termasuk klorin, logam berat, racun perosak dan bahan kimia karsinogenik dalam air... Bio kalsium dapat memecahkan serta menghaluskan kelompok molekul air supaya air lebih sedap diminum... maksud lebih sedap diminum ni bukan la rase coke atau milo ais... maksudnya adalah rasa semula jadi... takda la rasa payau atau rasa yang tak sedap anak tekak...
Seterusnya adalah filter colur merah iaitu laluan tapisan air yang kelima... filter ni mengandungi Batu Tenaga yang dapat memecahkan dan menghaluskan kelompok molekul air supaya kandungan oksigen dalam air lebih mudah meresap dalam badan kita... ini sekaligus dapat meningkatkan tahap penyahtoksidan dalam tubuh badan kite... betul ker ayat gua "penyahtoksidan" tuu... harap korang faham lah yer... hehehehe...
Filter colur hijau dan keenam dalam laluan air ni mengandungi 3 jenis bahan aktif iaitu Batu Mineral + Bio Kalsium + KDF55... Fungsi batu Mineral dan Bio Kalsium adalah sama macam sebelum ni cuma tambahan KDF55 dalam filter ni adalah untuk meneutralkan logam berat yang terkandung dalam air... kalau nak tahu, logam berat inilah punca penyakit Parkinson dan Alzheimer... panyakit Parkinson ni yang tangan gigil-gigil tu... Alzheimer pulak adalah penyakit mudah lupa... yang ni memang selalu... paling gua sakit hati time nak kunci kereta... bile dah naik rumah mula la terfikir kereta dah kunci ke belum... hadooo... rasanya ramai yang macam gua jugak kan... baik ngaku cepat... kehkehkeh...
Ok... penapis terakhir iaitu penapis colur biru... penapis ni mengandungi Nano Silver yang merupakan teknologi terkini dalam penyingkiran dan pembasmian kuman dan mikro organisma yang terkandung dalam air... jadinya air yang kita dapat melalui tapisan ni adalah sangat selamat untuk terus dimunum tanpa dimasak...

Haa... habis cerita pasal filter ni semua... gambar bawah ni gua tunjukkan secara ringkas fungsi setiap filter...
Gua harap penerangan panjang lebar ni dapat meyakinkan korunk tentang filter Dr.Sukida ni... mungkin ada yang kata ini semua boleh reka-reka cerita jer kan... hmmm... ok ok... nanti gua up entry pasal anugerah-anugerah dan pengiktirafan yang filter Dr.Sukida ni dah terima sebagai bukti bahawa filter ni sangat la bagus... hehehe... promote kow kow punyer ni...

Ok la... kalau berminat nak dapatkan filter Dr.Sukida ni boleh contact gua ok... Harga filter ni RM1,980 tapi kalau pandai nego dan cairkan gua mungkin boleh dapat harga murah lagi... kalau lagi hebat mungkin gua bagi free jer terus... wakaka....

Labels: , ,