Akiff oh Akiff... Siri 35 - Kereta Kontrol


Sekarang ni Akiff sangat obses dengan kereta kontrol macam kat atas ni.... pantang nampak... mesti nak naik... Giant dekat rumah gua ade benda alah ni... nak naik eskalator mesti kena lalu kat tempat sewa kereta ni... hadoo...

Bayaran RM3 untuk 5 minit @ RM5 untuk 10 minit... yang kena kontrol mesti lah gua kan... Akiff  tak reti nak kontrol sendiri lagi.... tapi lagaknya macam dah ada lesen kereta...

Beberapa hari lepas kami ke Giant lagi.... macam biasa Akiff mesti naik kereta tu... okeh... layankan jer... sekali die tak nak turun... meraung kat situ... hohoho... parah ni... l ast-last 25 minit (5 + 10 + 10) layankan Akiff dalam kereta tu... kereta tu stop tukar naik kereta lain pulak... itu pun tak jugak puas....


Hmmm... nanti nak beli kereta mainan ni laa...
Tunggu birthday Akiff tahun depan abah belikan okeh...

Labels: , ,