Air Sihat Bermineral Dr. Sukida

ok... memandangkan gua berkecimpung dalam bisnez jualan air secara vending mesin berjenama Dr.Sukida... so gua nak cerita skit pasal air Dr.Sukida ni....

Semua orang tahu air paip yang dibekalkan ke rumah adalah tidak bersih sepenuhnya... mungkin dari mata kasar tak nampak sangat pun air tu tak bersih tapi cuba try guna penapis... hambik ko... loya anak tekak tengok keladak dan karat yang ditapis.... nanti gua hapdet entry pasal keladak tu yer...

Dulu gua pakai penapis macam kat bawah ni jer... hehehe... takde budget nak beli yang ribu riban...
Tapi pakai yang ni pun memang jelas nak kena selalu cuci penapis yang kat atas tu... kejap jer dah bertukar colur...

Kadang-kadang gua ambik jugak air kat vending mesin... tapi masalahnya adalah MALAS... nak bawak botol pastu nak kena angkut botol air naik ke rumah pulak... huhuhu...

Ok... citer pasal air Dr.Sukida... semua vending mesin mendapatkan punca air dari air paip... cuma yang membezakan adalah sistem tapisan dan rawatan air dalam mesin tu... ada yang guna sistem rawatan "reverse osmosis (RO)" dan ade yang guna tapisan teknologi nano dan macam-macam lagi... untuk air Dr.Sukida sendiri, kami menggunakan teknologi nano di mana terdapat 10 penapis air dalam vending mesin tersebut dan 1 lagi penapis khas yang membekalkan mineral semula jadi kepada air tersebut... 3 penapis air khas hanya untuk menapis kotoran fizikal seperti karat dan keladak manakala 6 penapis lagi mempunyai fungsi yang berbeza... antaranya memecahkan molekul air iaitu hidrogen dan oksigen menjadi lebih halus... fungsinya adalah memudahkan kandungan oksigen dalam air lebih mudah diserap oleh tubuh badan kite... antara fungsi lain adalah menjadikan rasa air tersebut lebih semula jadi... 
Untuk penerangan khas pasal fungsi setiap penapis di atas ni nanti gua akan buat entry khas... ni gua story secara ringkas jer...

Berikut gua bagi perbandingan antara air Dr.Sukida dengan air lain...

Untuk makluman... penapis air Dr.Sukida mempunyai sijil Halal dan ini membuktikan bahawa tiada bahan terlarang yang digunakan dalam penapis air Dr.Sukida...
Lepas ni akan ade hapdet lagi pasal Dr.Sukida... segala maklumat akan gua salurkan disini... segala pertanya boleh parkingkan soalan uolls kat bawah ni yer... kalau gua tak boleh jawab nanti gua call office Dr.Sukida untuk penjelasan...

Labels: , ,