Jun Super Busy

Baru hari ni gua ada kesempatan nak hapdet blog... bukan dah tak bersemangat nak hapdet cuma kerja hakiki kat pejabat membuatkan gua terpaksa abaikan blog ni seketika...

Jadual gua untuk bulan Jun memang sangat padat... bermula dengan out station ke Perlis, Kedah, Penang, Kelantan dan terbaru gua baru jer balik dari Terengganu semalam... hari ni masuk ofis sehari lepas tu isnin ni out station lagi ke Sarawak pulak selama seminggu kat sana... kali ni gua ke Sarawak memang takda masa nak relax sebab jadual kat Sarawak penuh pagi dan petang... bermula kat Sibu, Kapit, Saratok, Sri Aman dan Kuching... 5 lokasi dengan 9 projek berasingan perlu gua settlekan...

Lepas tu dari Sarawak gua terus terbang ke Penang... jemput miss permaisuri dengan Akiff balik KL sebab 2 & 3 Julai gua bercuti ke Gold Coast Morib... tak sabar nak bercuti... nak jalan-jalan tepi pantai dengan Miss Permiasuri sambil tatih Akiff...


Ok... tunggu entry gua lagi selepas ni... gua nak hapdet sebanyak mungkin yang gua termampu... kalau boleh nak buat auto publish untuk next week skali... hehehe...

Labels: