Kisah MLM


Semalam aku terima tetamu kat rumah.... kawan lama... dah beberapa tahun tak jumpa... tiba-tiba nak datang rumah... excited la jugak sebab nak jumpa kawan lama kannn... banyak benda nak sembang... kami bukan tak contact langsung sebelum ni cuma dah lama tak jumpa.... sebelum ni berhubung by phone jaaa... tapi bila dia kata nanti nak datang dengan kawan dia, aku dah boleh agak... mesti hal bisnez MLM ni... belum sempat dia bagi tau apa-apa aku dah sms tanya dia... datang dengan upline ke? kehkehkeh... then dia jawab 'biasa laaa...'... haaa.. kan betul...

Tapi aku bagi tau awal-awal aku tak minat lagi dah dengan MLM tapi aku suruh jugak die datang sebab dah lame tak jumpe nak borak-borak panjang... dipendekkan cerita, kawan aku ni datang dengan 2 orang 'upline' dia... pada hemat aku, upline die ni masih belum sifu dan masih baru dalam industri MLM ni...

ok... aku trus story skit pasal apa yang berlaku antara aku dengan upline kawan baik aku ni yang bertindak sebagai advisor... kawan aku ni tak banyak cakap sebab die pun sangat hijau lagi dengan industri MLM ni... so, lepas borak-borak pasal hal peribadi dan lain-lain perkara.. aku bagi peluang upline die story pasal bisnez diorang... tapi sebelum die start cerite pasal industri MLM ni... die ade tanyer aku pernah ke terlibat dengan MLM... dengan konfiden aku jawab...

"aku dulu memang activ MLM... dah ade network sendiri pun... dah jadi advisor untuk ramai orang... kalau orang nak bawak prospek memang aku adalah orang yang  diorang cari... aku jugak adalah antara leader melayu pertama dalam group masa tu... dah jadi pengacara untuk event talk yang diadakan...  aku memang dah terlebih masak dah dengan MLM ni... bla... bla... bla..."  panjang lebar aku citer...

kehkehkeh... memang sengaja cerita membangga diri... nak bagi die cuak skit untuk psyco aku... hahhaa... then die pun start nak citer pasal marketing plan die...

Dengan berbekal sekeping kertas dilipat empat dan sebatang pen... die pun start story... masa ni awal-awal lagi aku dah rasa diorang ni fail... sebab nak cerita bisnez beribu tapi berbekal sekeping kertas dilipat empat dan sebatang pen sahaja memang sangat tak meyakinkan... dah la story depan TV yang masa tu aku nak layan game bola... sangat tak sesuai... sbg prospek, die dah buat aku hilang minat nak fokus apa yang dia nak cerita... tapi sebab diorang tetamu kat rumah, terpaksa buat-buat fokus jugak...

Then die start cerita... dengan modal RM200 seminggu selama 3 minggu berturut-turut aku akan dapat hasil sebanyak RM14,000 lebih (kalau tak salah)... lepas tu die dah start main tanya soalan...

"dengan modal mcm ni dan pulangan mcm ni... berbaloi tak?"

"kalau mcm ni dah sangat berbaloi dah" jawab aku

"nak tak kalau ko dapat pulangan macam tu?"

"mesti la nak... pulangan lumayan tuuu.." jawab aku penuh minat

"kalau ko cerite dan ajak kawan ko, agak-agak ade tak kawan yg tak nak pulangan mcm ni"

"hish... mesti diorang pun nak.. sape yg tak nak duit kan..." jawab aku lagi

"so, mudah kan bisnez ni... kalau cerite kat sape-sape mesti semue pun nak peluang macam ni... sebab tu aku kate bisnez ni senang sebab semue orang nak cari duit..."

"ermmm... btul memang betul... semue orang nak duit... tapi kalau ko tanya aku percaye tak boleh dapat pulangan macam tu.... seriusly aku jawab aku tak percaye... lagi pun aku dah ada pegalaman semua ni, benda ni sangat susah nak buat berbanding bisnez konvensional" jawab aku panjang skit...

Lepas tu kami start bla... bla... bla... bla...

Soalan die lagi... "kenape aku dah tak nak buat MLM?"

"Sebab aku dah tak nak ambik risiko hilang kawan... aku dah rase hilang kawan sebab bisnez macam ni... nak ajak lepak pun kengkawan mengelak.." jawab gua

"Ko yang tinggalkan kawan ko atau kawan ko yang tinggalkan ko?" Tanyer die lagi

"Kawan aku yang tinggalkan aku"

"So, kalau macam tu tak perlu nak risau sebab bukan ko yg tinggalkan die..." kate die

"Tapi masalahnya aku jenis tak suka putus kawan..." 

"Dengan bisnez ni, ko hilang sorang kawan tapi ko akan dapat berpuluh lagi kawan yang sedia tolong ko untuk berjaya" kata dia lagi

"kawan yang dibina atas dasar persahabatan tak sama dengan kawan yang dibina atas dasar bisnez... aku dah lalui semue ni..."

bla... bla... bla... bla... panjang kami menyembang...

Dah puas borak dan berhujah last-last baru aku teringat nak tanyer....
"Sebenarnya apa nama syarikat MLM korang ni?"

"Hmmmm.... syarikat kami dah 36 tahun bertapak kat Malaysia... produk kami smuanya berkualiti... pejabat kami bukan disewa tapi kami mempunyai bangunan kami sendiri... aset syarikat kami melebihi ......... juta tanpa beban hutang... ikutkan company memang kami dah sangat strong... 99% yang terlibat dalam bisnez bawah naungan syarikat kami adalah Melayu..." terang die panjang lebar tanpa menyebut nama syarikat...

"Wow... dasyat jugak... tapi apa nama syarikat.." tanyer aku lagi...

"pernah dengar Hai-o???"
Adeh... cerite bagai nak rak tapi nak sebut nama syarikat pun takut... 

Labels: ,