Kisah Baby & Ibu Homeless

Bile tengok gambar kat atas ni apa yang korang fikir... mesti kes pembuangan bayi kan... sebab negara kita ni memang banyak sangat kes buang bayi.... sebab tu kalau tengok gambar macam ni apa yajng terlintas dalam kepala otak adalah baby yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah dan dibuang dimerata-rata... hadooo... sedih tengok keadaan macam ni...

Kes panas baru-baru ni pulak pasal dera bayi... ibu sial yang dera bayi... anak sendiri tuu... kalau sebelum ni ade jugak pernah tengok video pasal pembantu rumah yang dera bayi tapi kali ni ibu kandung sendiri... ntah la dunia kini... manusia makin hilang pertimbangan diri... binatang kelihatan lebih mulia dari manusia yang berakal...

Antara kes buang bayi dan kes dera bayi... mana yang korang rasa lagi bersifat binatang... yang mana lagi kejam... ermmmm... gua sendiri tak boleh jawab...

Berbalik kepada gambar kat atas tadi... sebenarnya ia bukan kes buang bayi... bayi tu lebih bernasib baik sebenarnya sebab ibunya sangat sayangkan dia dan tidak pula cuba meninggalkan dia kat tong sampah...

Menurut kes yang gua baca... baby tu dilahirkan oleh seorang 'homeless' atau gelandangan... kes ni berlalu di bandar Guangzhou, China... ibu baby ni dipercayai sakit mental dan melahirkan baby tu sendirian ditepi jalan...
orang ramai yang melihat kelibat ibu dan baby ni telah menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan... awalnya ibu ni tak memberikan kerjasama kerana mungkin dia risau orang lain nak ambik anak dia tu tapi selepas dipujuk akhirnya dia dan anaknya tu kini bawah jagaan bulan sabit merah...
Tengok gambar kat atas ni... baby yang tak dilapik sebarang kain tu diletakkan atas tanah sementara ibu tu dok minum air dari lopak air... hadooo... sadis sungguh... tapi sekurang-kurangnya sifat keibuan ni lebih baik dari mereka yang mendera dan membuang bayi...

Tapi yang gua persoalkan pulak adalah mana pegi bapak kepada baby tu... ehhh... sial laaa... main tounch n go pulak...

Olahan dari hati gua melalui sumber : Blog Serius

Labels: ,