PHD

(gambar cilok google)

Penyakit Hasad Dengki (PHD) sememangnya dah ada dalam diri kite smue... cuma yang membezakan adalah tahap penyakit tu dan bagaimana kita applikasikan penyakit ni...

PHD adalah perasaan tak puas hati terhadap kelebihan yang ada pada orang lain atau perasaan inginkan nikmat/kelebihan/kebolehan/keistimewaan yang ada pada orang lain terhapus... itu adalah PHD...

PHD bukan lah sesuatu yang buruk semata-mata tetapi ianya hanyalah perasaan semula jadi yang kite miliki yang boleh mendorong kepada kebaikan dan juga keburukan... contoh kebaikan adalah seperti cemburu dengan kejayaan orang lain dan ia menjadi 'bahan api' untuk kita mencapai kejayaan melebihi orang tersebut... PHD jika diapplikasi dengan betul ia akan menjadi booster dalam mengejar impian kite... tapi jika ia disalah gunakan ia akan menjadi perasaan dendam yang boleh menyebabkan kita melakukan sesuatu bagi menjatuhkan seseorang...

Sebenarnya hasad dengki yang tidak baik yang ada dalam hati kita lebih menyiksakan empunya diri berbanding orang yang dihasad... oleh sebab itu agama kita sendiri melarang perasaan dengki dan ari hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan sahaja...

Firman Allah dalam surah An-Nisa' ayat 32 bermaksud "Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain"... Semoga kita terhindar dari sifat buruk sebegini...

Labels: