Perjalanan ke Kapit, Sarawak

Minggu lepas gua ke Kapit, Sarawak atas urusan kerja... nak ke Kapit memang takda pengangkutan darat atau udara... nak tak nak kena naik boat menyusuri Sungai Rajang iaitu sungai terpanjang di Asia... perjalanan 3 jam dari Sibu ke Kapit...

Pekan Kapit ni kecik jer... boleh jalan kaki jer kat dalam pekan tu... seronok sebenarnya dapat tengok tempat orang tapi kalau nak suruh tinggal sini seminggu memang gua tak sanggup... huhuhu...

 Gua naik boat yang colur biru kat belakang tu...
 Ni adalah jeti kat Kapit... tinggi kan... tapi sebenarnya kalau musim banjir air sungai ni akan naik sehingga sama level dengan pelantar yang paling atas...
Antara yang sama-sama dengan gua ke Kapit...

(Auto update, hari ni gua masih outstation tapi di Kuala Terengganu pulak kali ni... malam nanti baru fly balik KL...)

Labels: