Coint Deposit Machine (CDM)

Dah lama gua nak up cerita pasal CDM ni... dok tersimpan jer dalam draf gua...

Pernah tak uollz nampak CDM ni kat mane-mane... yang gua tahu ade 1 jer kat Menara CIMB sebelah Sogo... kat tempat lain belum pernah nampak lagi... ade pun jenis lame... itu pun diorang simpan kat dalam... kalau nak bankin syiling kena bagi duit kat kaunter...

Tapi yang gua nak bagitau ni lain skit... mesin cash syiling layan diri... kena buat sendiri...

Memandangkan gua ni ade bisnez kecil-kecilan mengumpul duit syiling, tiap minggu gua kena bankin duit syiling... kalau tak nak bankin kat bank kena la g tukar kat kedai... tapi gua malas nak tukar kat kedai sebab nak kena kira dulu duit tu...

Mesin ni memang sangat memudahkan... uollz juz menapak masuk dalam Menara CIMB kat sebelah Sogo tu, kat tingkat 2 kalau tak silap... terus cari mesin macam dalam gambar kat bawah ni... mesin ni terletak depan kaunter yang berderet tu...
Letakkan syiling dalam ruang yang ada kat tengah mesin tu...
Kalau tak tahu guna boleh refer screen sebab ada arahan cara untuk guna mesin ni... senang jer...
Syiling akan bergerak masuk ke dalam mesin dan syiling yang cacat akan dimuntahkan semula kat bawah... ambik syiling tu dan letak balik dalam laluan syiling masuk tu... try 2 3 kali... kalau mesin tak terima jugak... ambik syiling tu simpan dalam poket...

Di screen akan tertera amount syiling yang kita bankin... kite akan nampak amount tu bergerak naik sampai la syiling habis... bila semua syiling dah habis masuk dalam mesin, nanti akan keluar slip macam kat bawah ni...
Kat slip tu kena isi maklumat yang diperlukan.... lepas tu kena g ambik no giliran kat kaunter depan dan cop slip tadi tu... kemudian tunggu no giliran di panggil dan bawak slip tadi tu ke kaunter dan bankin dalam akaun... kemudahan yang memudahkan...

(Auto publish sebab gua out station sepanjang minggu ni)

Labels: , ,