Xplorace Kuala Lumpur Heritage

Semalam masa jenjalan cari makan kat Maju Junction... ada seorang awek cun datang menghampiri gua dan sahabat... awek tu offer kami untuk joint xplorace anjuran Menara KL dengan kerjasama TM... katanya sangat fun dan enjoy... game berupa permainan tradisional Malaysia... tapi akan berkejaran di sekitar KL ni jer... terdapat 12 chek point yang harus ditempuhi... laluan keseluruhan perjalanan sekitar KL ni dikatakan sehinigga 150km... pelepasan di Menara KL dan berakhir pun kat situ gak... waktu pagi dilepaskan dan dijangka sampai garisan penamat menjelang petang... sound interresting right????
Gua memang dah lame teringin nak joint xtvt macam ni... tapi gua terfikir kalau la ade task yang nak kena berdepan dengan ular-ular atau melibatkan ketinggian... tu yang buat gua lemah tu... tapi since awek tu cakap benda alah ni lebih kepada permainan tradisional... gua dah sedikit excited dan teringin sangat nak joint...

Yuran penyertaan cuma RM50 untuk 1 couple tempatan dan RM100 untuk foreigner... hadiah pulak bernilai  sampai RM20,000.00... perghhh... menarik gak tu... dengar kata ada iphone, ipad, hamper, trophy dan macam-macam lagi... oh yaa... tarikh keramat ni pada 25 Februari 2012... hari sabtu...

Penyertaan terhad untuk 200 couple terawal yang mendaftar sahaja... semalam awek tu cakap dah ada 100 penyertaan dah daftar.. skarang ni perlukan lagi 100... gua dengan sahabat dah berminat sangat tapi gua nak kena bincang dengan miss permaisuri dulu... sebab xtvt ni hari sabtu... takut kalau miss permaisuri ada hal hari tu, nanti Akiff  sape nak jage pulak... kan...

Sahabat gua cakap die on jer... tunggu jawapan dari gua jer ni... harap-harap penyertaan masih belum penuh... kalau ada yang berminat nak joint jom la skali... nanti gua try mintak borang penyertaan... kat gua ada 1 borang jer ni... kalau ada geng ramai-ramai syok sikit... boleh main cheat... hehehe...

Labels: ,