KFC oh KFC...


Hari ni banyak pulak orang pos entry pasal kes pekerja KFC kurang ajar tumbuk customer yang berlaku kat I-City...


Hmmm... Menurut apa yang gua bace customer tu dah tunggu sejam kat situ then diorang kate stock habis... So, customer cina tu punya la naik hangin sebab dah terlalu kebulor dan bermulalah episod maki memaki di KFC I-City... gua percaya pekerja KFC tu tak terus melawan lepas kena maki sebab diorang pun sedar tu memang silap diorang sebab tak dapat kontrol stock lebih-lebih lagi kat tempat tumpuan macam tu... dan dalam kes ni customer tu mula memainkan kata-kata melibatkan bangsa melayu dan jugak agama... dan bermula dari situ pekerja KFC mula bertindak balas... hasilnya? Tak dapat makan KFC dapat makan penumbuk... betul-betul menjilat jari namanya.... kahkahkah...

Bagi gua yang takda kat tempat kejadian dan tak tengok sendiri apa punca yang sebenarnya... so, gua taknak komen banyak... cuma gua rasa pekerja KFC tu tak cukup faham konsep "Customer always right..." tapi die sangat faham dengan konsep "If you failed to respect others, don't blame when others didn't respect you...."

So, sape yang bersalah?


Labels: ,