Jom ke Bonanza Amal

Okeh... hari ni gua nak buat kerja amal sikit... gua nak ajak korang beramai-ramai ke Muzium Negara hari sabtu ni... ada jualan amal untuk membantu adik An-Nur...
hmmm... sape pulak adik An-Nur ni... tibe-tibe pulak kan... mungkin ada yang belum tahu kisah adik ni walaupun dah banyak kali keluar di TV dan majalah... adik istimewa ni sebenarnya penghidap penyakit cerebral palsy atau kalau susah sangat nak sebut boleh faham penyakit ni sebagai lumpuh otak...

Sebenarnya adik An-Nur menghidap penyakit ni sejak dari dalam kandungan sehingga sekarang berusia 8 tahun... adik ni memerlukan kos perbelanjaan yang sangat tinggi dan program Hope To Walk adalah langkah yang diambil bagi mengumpul dana dalam membantu adik An-Nur mendapatkan rawatan di Beijing, China...
Gambar di atas ni adalah adik An-Nur (kanan) bersama arwah kakaknya iaitu adik Annisa (kiri) yang telah kembali kepada penciptaNya pada 22 Disember 2011 sebelum sempat menerima rawatan...

Gua sangat tersentuh dengan kisah adik An-Nur dan gua harap pembaca blog gua dapat sama-sama membantu meringankan beban keluarga ini... gua percaya mereka dilahirkan didunia ini untuk memberi peluang kepada kita yang bernasib baik ini untuk membuat amal dan pahala serta mengajar kite erti bersyukur yang sebenarnya...

Okeh... gua tak nak story lebih-lebih... sebab gua taknak budak-budak opis gua nampak mata gua berair... so, korang klik gambar kat bawah ni untuk cerita lebih lanjut...


Gua harap korang dapat share kisah adik ni dan hebohkan pasal Bonanza Amal kat Muzium Negara sabtu ni... masih ada masa untuk kite same-same promosikan program amal ni... ini juga merupakan bantuan yang boleh kite bagi selain dari wang ringgit...

Labels: