Ganjaran Untuk Isteri

Syurga seorang isteri adalah dibawah kaki suami... terlalu banyak ganjaran yang diperolehi oleh seorag isteri yang taat pada suaminya... berikut gua share apa yang gua baca...
1. Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa selama setahun...
>>> kebiasaan setiap kali gua balik kerja miss permaisuri akan buat air untuk gua... dan tu antara sebab gua sangat termagnet untuk terus balik rumah selepas kerja... TQ baby... tapi sekarang gua dah takde orang buat air lepas balik kejer... huhuhuu... kena bersabar selama setahun setengah ni...
2. Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah...
>>> Sejak ada anak ni memang kami dah jarang makan kat luar... miss permaisuri akan masak setiap hari... seorang suami tak mintak pun isteri masak segala bagai macam kat hotel... cukup sekadar masakan tu isteri yang masak...simple pun tak kisah...

3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1.000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin....
>>> Waaaa... agaknya dah berape juta kambing miss permaisuri dah korbankan yer... wakaka...

4. Apabila isteri hamil ia dicatatkan sebagai syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad...
>>> Semalam Akiff bisik kat abah nak suruh ummie berjihad lagi... hehehe.. tapi abah cakap tunggu ummie habis study dulu... hehehhe...
5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)...
>>> Akiff adalah amanah dan semestinya yang terbaek hanya untuk Akiff...

6. Tidak akan putus ganjaran dari Allah seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya...
>>> Besar sungguh ganjaran yang diterima oleh seorang isteri... kan...

7. Apabila meninggal dunia seorang isteri dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga (Hadis Riwayat Tarmizi)...
>>> Berjanji sehidup semati...

8. Seseorang wanita apabila mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka...
>>> Tiada ganjaran yang lebih baik dari syurga untuk seseorang yang bergelar isteri...



Labels: ,