::Coretan Diari Seorang Abah::

okeh... lepas fikir-fikir akhirnya gua pilih tajuk ni sebagai tajuk utama blog gua... sebab uoll semue mungkin dah tahu yang semalam dah bermula tanggungjawab gua sebagai abah dan ummie kepada Akiff memandangkan miss permaisuri gua hanya akan bersama kami pada hujung minggu sahaja...

Entry selepas ni akan lebih berkisar tentang gua dan Akiff... tujuannya untuk miss permaisuri gua kat UPSI tu dapat bukak blog gua ni tiap hari dan tengok gambar-gambar Akiff dan tahu apa yang Akiff dah buat kat abah die ni...

Gua akan cube hapdet setiap hari khas untuk ummie dan orang-orang disekeliling yang sangat menyayangi Akiff...


Makluman: Background blog gua ni ada nampak macam gugurl sikit sbb smlm masa tgh pilih background Akiff dah merengek nak tido... so, tak sempat betul-betul pilih... kebetulan pulak tengah try yg ni... so ambik jer la... tunggu ada masa pulak gua cari background yang lain...

Labels: