::SeAT BeLT::

Mungkin ramai yang dah tahu berkuatkuasa 1 Jan 2012 sesiapa yang tak pakai jugak tali pinggang keledar tempat duduk belakang akan disaman tanpa kompromo... walaupun korang bagi alasan takut baju kedut...

Korang tau tak penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang dah pun bermula pada 1 Januari 2009 tapi tak dilaksanakan secara menyeluruh disebabkan ada banyak kereta buruk kat atas jalan yang masih belum pasang tali pinggang keledar belakang ni... jadi tempoh selama 3 tahun diberikan untuk semua kereta yang masih belum ada untuk pasang menatang tu bermula 1 Januari 2009 sampai la 31 Disember 2011...

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) iaitu bro Hesdey Ahmad dah bagi warning awal-awal.... "korang-korang semue ni yang tak pakai jugak tali pinggang keledar kat belakang nanti gua seeengaat belakang korang"... maksud dia tu ialah mana-mana pemandu atau penumpang yang tak pakai tali pinggang keledar tak kira depan atau belakang akan disaman iaitu denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Bergantung kepada mood hakim pada hari perbicaraan.

Sikit info tambahan gua nak share... Kajian oleh MIROS iaitu Malaysian Institute of Road Safety Research , pada tahun 2007 terdapat 350 kes kematian, 700 kes cedera parah dan 2,100 kes cedera ala-ala atau cedera ringan melibatkan penumpang tempat duduk belakang dan dari jumlah ini sebanyak 40% hingga 50% kes boleh dikurangkan sekiranya pemandu dan penumpang memakai tali pinggang keledar. Haaa.. see... try korang ingt balik ade tak sedara atau kenalan korang yang mungkin menyumbang kepada statistik ni...

"saya ngandung ni... boleh tak kalau tak pakai... sakit la... tali pinggang tu jerut perut i yang boyot ni..."
hmmm... ok ok... untuk yang ngandung adalah dikecualikan...

"nenek saya ni degil la... die tak nak pakai... katanya rimas laa... sakit belakang laa... yang ni boleh excuse tak??..."
kalau nenek lu degil suruh die duduk dalam bonet... peraturan ni tak mengecualikan nenek-nenek atau datuk-datuk okeh... pakse jugak diorang pakai...

"tapi nenek saya kata kalau die pakai jugak nanti tulang belakang die akan bengkok... takkan nak pakse jugak kot... giler ke hape??..."
kalau kes macam ni boleh dikecualikan atas alasan kesihatan dengan syarat ada surat atau perakuan dari dua orang pakar perubatan berdaftar...

"kalu driver dah puah pakso penumpe paka tali pinggey tapi toksey paka jugak guano gamok tu??..."
Yang tu lu jangan risau okeh, polis hanya saman penumpang yang tak pakai tali pinggang keledar tu... bukan saman driver... tapi kalau driver pun sama sengal macam penumpang... satu kereta die saman... saman dikeluarkan secara berasingan sorang satu... tak perlu nak berebut-rebut okeh... semue dapat...

"budak-budak pun kena saman gak ke?? diorang mane ade duit nak bayar saman..."
hmmm... baby atau budak-budak bawak 17 tahun dikecualikan dari saman tapi mak bapak tu kalau sayang anak jangan la biar anak tu terbiar macam tu jer... biar diorang nangis sebab pakai tali pinggang keledar dari korang yang nangis sebab diorang tak pakai tali pinggang keledar...

"kerete gua ada 3 tempat duduk belakang dan 3 tali pinggang keledar sahaja tapi masalahnya gua bawak 4 orang awek kat belakang... sorang tu tak pakai tali pinggang keledar sebab dah tak cukup... die kena saman jugak tak??? kesian awek gua yang sorang tuu.."
kes macam ni gua memang respek lu sebab lu memang playboy habis bro... tapi lu jangan risau... awek lu yang sorang tu takkan kena saman... tapi kalau semue tak pakai... polis akan keluarkan 3 saman sahaja... maksudnya sorang terlepas... kemungkinan yang paling cun akan terlepas dari saman adalah lebih besar...

"aku ni driver jer... bos kat belakang tak pakai tali pinggang keledar... nanti polis saman sape? bos aku la kan..."
Yuppp... bos lu yang sengal tu akan kena saman... lu rilex suda...

"ambe beli keter import... seat blakang takde seat belt... guane tu???..."
semue kereta yang dah masuk Malaysia tak dikecualikan okeh... pandai-pandai la pergi pasang set belt belakang tuu...

"OKU ada pengecualian khas tak?..."
No no no... OKU ke.. OAG ke.. semua wajib pakai selagi ia tak memudaratkan...

"kalau gua dah pakai tali pinggang keledar tapi masa eksiden mati jugak macam mana???"
hmm... tu sebab lu bangang... pakai tali pinggang keledar tak bermaksud malaikat izrail tak ushar lu... harap jelas okeh...

Semua persoalan ni bukan main-main okeh... gua serius ni... kalau tak percaye jugak boleh refer sini...

Nah layan iklan ni...

video

Labels: , , ,