MuZiUm KaPaL SeLaM

Masa pegi melaka baru ni untuk hantar adik ipar gua daftar study... gua dan family bermalam kat rumah saudara belah wife kat Klebang... dekat rumah dia ada Dataran 1 Malaysia... bapak besar logo 1 Malaysia kat situ... gambar yang gua snap ada dalam camera... malas nak ambik dan transfer... so gua cedok jer dalam google macam kat bawah ni...
Kat situ jugak ada muzium kapal selam yang dah tak boleh menyelam... nak masuk situ kena bayar RM1 tapi masa gua sampai dah tutup dah sebab lewat petang sangat... so, dapat tengok dari luar jer la... sempat la gua snap beberapa keping gambar sebelum bekberi gua ni padam... bosan betul bila pakai smart phone ni... batery kejap sangat habis... huhuhuhu...

Labels: